ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengekalkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA bagi penggal 2022-2026.
Pemilihan sempena Kongres Tahunan KFA ke-47 di Wisma Darul, Aman di sini, hari ini, turut menyaksikan Datuk Abdul Rahman Abdullah mengekalkan jawatan Timbalan Presiden manakala tiga Naib Presiden dimenangi Datuk Mohd Salleh Saidin, Muhammad Radhi Mat Din dan Datuk Syed Yusoff Syed Othman.
"Seramai lapan ahli eksekutif (exco) telah dipilih dan saya selaku Presiden KFA telah diberi peluang untuk melantik dua lagi exco tambahan bagi jawatan Setiausaha dan Timbalan Setiausaha. Lantikan itu akan dibuat pada mesyuarat ahli jawatankuasa pertama selepas sambutan Aidilfitri nanti.
"Sepatutnya, pemilihan ahli jawatankuasa penggal 2022-2026 ini dibuat pada November tahun lalu tetapi ada isu pemutihan dimana terdapat ahli gabungan yang belum mendaftar dengan Pesuruhjaya Sukan maka ia ditangguh ke tahun ini," kata Muhammad Sanusi pada sidang media selepas kongres tersebut.
Dalam pada itu, katanya, satu pertandingan mencipta logo akan diadakan sempena Sambutan 100 Tahun KFA pada tahun hadapan.
"2024 genap 100 tahun KFA, satu legasi yang sangat panjang yang ada pasang surut...tetapi ada juga perkembangan menarik antaranya kita memiliki Wisma KFA sendiri di mana bangunan yang terletak berhampiran Stadium Darul Aman itu sedang dalam proses renovasi.
"Banyak lagi benda baharu yang kita umumkan dan diharapkan KFA akan terus maju jaya. Selain itu, seluruh kepimpinan ahli jawatankuasa penggal baharu ini berharap sukan bola sepak Kedah dan Malaysia akan terus berkembang secara sihat dengan semangat kesukanan yang tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023

Kata Sanusi, satu pertandingan mencipta logo akan diadakan sempena Sambutan 100 Tahun KFA pada tahun hadapan. -Gambar fail/ Astro AWANI
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.