PETALING JAYA: Naib juara Liga Premier Sarawak United FC kini berada dalam situasi 'bahaya' apabila bakal berdepan hukuman berat daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) susulan isu tunggakan gaji membabitkan beberapa pemain utama.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam berkata terdapat tiga bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap pasukan bimbingan E. Elavarasan itu iaitu larangan terlibat dalam urusan perpindahan pemain, penyingkiran ke Liga Premier dan berdepan penarikan semula lesen kelab.
Bagaimanapun, Stuart berkata sebarang penukaran pasukan menggantikan Sarawak United itu terserah kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan selanjutnya.
"Sarawak United mempunyai sehingga 15 Dis ini untuk menjelaskan sebarang tunggakan gaji dan pada masa sama MFL akan membuat penyiasatan berhubung isu berkenaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sarawak United sebelum ini 'dinaikkan pangkat' beraksi dalam saingan Liga Super 2022 susulan kejayaan mereka meraih tempat kedua pada Liga Premier 2021.
Dalam pada itu, Pengerusi First Instance Body Pelesenan Kelab MFL Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif memaklumkan 12 pasukan yang bersaing di Liga Super telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi di Liga Super 2022 sekiranya memenuhi syarat.
Pasukan yang diberikan lesen kebangsaan adalah Johor Darul Ta'zim (JDT), Kedah Darul Aman (KDA) FC, UiTM FC, Melaka United FC, Perak FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Terengganu FC, Kuala Lumpur (KL) City FC, Sabah FC, Penang FC dan Petaling Jaya (PJ) City FC.
Bagaimanapun, beliau berkata Melaka diberikan lesen kebangsaan dengan sekatan iaitu denda RM15,000 dan diberikan amaran kerana melanggar tarikh akhir penyelesaian pembayaran tertunggak mereka membabitkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 30 Sept lepas.
Katanya, pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan itu perlu menjelaskan pembayaran denda pada 20 Nov selain dikehendaki menghantar bukti pembayaran kepada Pelesenan Kelab MFL dan jika tidak, perkara tersebut akan dikemukakan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.
Sheikh Mohd Nasir berkata 10 daripada daripada 12 pasukan iaitu JDT, Kedah, UiTM FC, Perak, Selangor, Terengganu, KL City, Sabah, Penang dan PJ City FC diberikan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi membolehkan kelab-kelab ini bertanding dalam Pertandingan Kelab AFC 2022 sekiranya layak.
Namun, nasib berbeza dialami Pahang apabila mereka tidak memohon lesen AFC manakala Melaka pula gagal mendapatkan lesen berkenaan mereka kerana gagal memenuhi syarat ditetapkan untuk pelesenan AFC.
Sementara itu, Sheikh Mohd Nasir memberitahu lima pasukan Liga Premier 2021 yang telah lulus dan diberikan lesen kelab kebangsaan adalah Kelantan FC, Kuching City FC, Kelantan United FC, Negeri Sembilan FC dan PDRM FC.
Beliau juga menegaskan lesen AFC dan kebangsaan yang diberikan hanya untuk satu musim iaitu musim depan dan sepanjang musim, namun lesen mereka boleh ditarik balik sekiranya terdapat kelab melanggar artikel dalam MFL Club Licensing Regulations Edisi 2021 atau tidak memenuhi mana-mana syarat untuk pengeluaran lesen.
"Sebagai langkah proaktif, MFL menuntut setiap pasukan menyerahkan surat pernyataan berkanun membuktikan mereka bebas daripada sebarang pembayaran/kelewatan membayar gaji, KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Pertubuhan Keselamatan Sosial kepada MFL pada 15 Dis, menjelang Liga Super dan Liga Premier 2022.
"Sekiranya terbukti kelab-kelab telah memperoleh lesen untuk 2022 dan mempunyai tunggakan gaji belum dapat diselesaikan dengan pemain dan pegawai pada akhir musim ini iaitu pada November ini dan pada pengisytiharan berkanun mereka, maka larangan perpindahan pemain segera akan dikenakan kepada kelab masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 21 2021

Stuart berkata sebarang penukaran pasukan menggantikan Sarawak United itu terserah kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan selanjutnya. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Melaka, Sarawak diberi tempoh seminggu atau terkeluar Liga Super 2023
Kedua-dua kelab diberi tempoh sehingga 19 Okt ini untuk mengemukakan rayuan mendapatkan lesen kebangsaan.

Ryan Lambert ledak hatrik, KL City menang bergaya di Cheras
Kuala Lumpur City FC memperoleh kemenangan bergaya apabila membenam Sarawak United 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Cheras sebentar tadi.

NSFC manfaat beraksi di laman sendiri, benam Sarawak United 3-2
Skuad Hobin Jang Hobin berjaya membuka tirai gol pada minit ke-17 selepas Gustavo Almeida dos Santos menanduk masuk sepakan sudut Che Rashid.

PFAM terima laporan tunggakan gaji pemain Sarawak United
PFAM telah mengeluarkan notis kepada pasukan terbabit untuk tuntutan tunggakan pemain terlibat yang membuat aduan pada 16 Jun lepas.

Pengendali Sarawak United bangga dengan kemenangan di Stadium Bandaraya
Katanya, pujian harus diberi kepada semua pemain yang sentiasa berusaha mengutip tiga mata penuh dalam pelawanan malam tadi.

JDT tetap garang tanpa Mora, NS rampas kedudukan ketiga
Biarpun beraksi tanpa ketua jurulatih, motivasi pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) tetap berada pada tahap tertinggi selepas menewaskan Sarawak United FC 4-0 pada aksi Liga Super.

Piala FA: JDT, Sri Pahang melangkah mudah ke suku akhir
Gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), menepati ramalan melangkah mudah ke peringkat suku akhir saingan Piala FA selepas menumpaskan Sarawak United 3-0 malam ini.

Liga Super: Harimau Selatan kenduri gol, terkam Bujang Senang
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan permulaan sempurna bagi musim 2022 selepas membelasah Sarawak United, 6-0, malam ini.

Sarawak United bakal berdepan hukuman berat
Stuart berkata sebarang penukaran pasukan menggantikan Sarawak United itu terserah kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan selanjutnya.

Sarawak United terus menjadi kuda hitam, atasi Pahang 1-0
Sarawak United berada di kedudukan teratas kumpulan dengan enam mata, diikuti KL (4), Penang (1) dan Pahang di tempat terakhir.