AARHUS (Denmark): Pemain perseorangan wanita negara S. Kisona mengakui kenyataan berbaur perkauman terhadapnya menerusi media sosial semasa kejohanan Piala Sudirman baru-baru ini, telah menjejaskan psikologi dan prestasinya.
Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun dari Seremban, Negeri Sembilan itu bertekad untuk mengetepikan kejadian itu dan menumpukan perhatian pada perlawanan pembukaan Piala Uber menentang tuan rumah Denmark pada Sabtu, kerana beliau memikul tanggungjawab sebagai pemain perseorangan pertama untuk Malaysia.
"Jelas (ia menjejaskan saya) kerana saya juga seorang manusia... Namun, saya perlu mengalih fokus pada perlawanan akan datang, saya serahkan kepada keluarga, BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan pihak berkuasa berkaitan untuk menyelesaikan isu ini," katanya selepas sesi latihan rasmi kedua pasukan di Ceres Arena pada Jumaat.
Ketika disoal isu yang sama oleh media lain kemudian, Kisona tidak dapat menahan air matanya.
Sementara itu, bercakap mengenai perlawanan pada Sabtu, berkemungkinan menentang pemain nombor 12 dunia Mia Blichfeldt, Kisona berkata beliau dan rakan sepasukannya bersedia untuk berjuang sehingga garisan penamat walaupun berhadapan dengan pihak lawan yang menduduki ranking lebih tinggi.
"Ini akan menjadi kempen Piala Uber kedua saya selepas edisi Bangkok 2018, setakat ini saya selesa dengan venue dan cuaca (walaupun ada masanya mencecah bawah 10 darjah Celcius). Sudah pasti saya mahu beraksi dengan lebih baik berbanding Piala Sudirman dan tidak mahu merendahkan diri saya walaupun lawan saya lebih bagus.
"Saya rasa pasukan kita pun ada kekuatan sendiri, cuma pengalaman sahaja kurang. Kita akan beraksi dengan bersungguh-sungguh dan berjuang untuk memburu kemenangan, takkan kita datang untuk kalah," katanya.
Kenyataan berbaur perkauman dibuat ke atas pemain nombor 53 dunia itu menerusi media sosial oleh seorang ahli politik selepas beliau tewas dengan mudah kepada pemain nombor lima dunia Akane Yamaguchi dari Jepun pada perlawanan separuh akhir Piala Sudirman, 2 Okt lepas.
Dalam pada itu, Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann berkata BAM, rakan sepasukan dan seluruh negara berada di belakang Kisona untuk mengatasi masalah itu dan akan terus memberi sokongan moral kepadanya.
"Saya percaya memang selalu ada keadaan yang tidak dijangka macam ini akan berlaku dalam kehidupan seseorang, tetapi saya percaya Kisona sebagai atlet profesional dapat mengatasinya dan belajar daripadanya," katanya.
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kes ini sangat terpencil kerana secara umumnya, rakyat Malaysia menghargai pengorbanan dan sumbangan atlet kebangsaan kepada negara.
"Saya rasa isu-isu sensitif dan perkauman ini tidak sepatutnya ada langsung dalam sukan negara kita dalam konsep keluarga Malaysia. Kita patut lebih menghargai mereka agar terus cekal menghadapi cabaran dalam keadaan pandemik ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

Kisona berkata beliau dan rakan sepasukannya bersedia untuk berjuang sehingga garisan penamat walaupun berhadapan dengan pihak lawan yang menduduki ranking lebih tinggi. - Gambar fail

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Kisona buru kedudukan 20 terbaik dunia
Kisona optimis dengan corak latihannya yang disifatkan solid bersama jurulatih baharu Mohd Zakry Abdul Latif dan rakan pasukan.

Terbuka Australia: Tze Yong, Kisona giat buat persiapan terakhir
Komitmen dan kesungguhan yang ditampilkan kedua-dua pemain berkenaan, mampu menutup tirai kejohanan musim 2022 dengan penuh bergaya.

Piala Uber: Malaysia atasi Mesir 5-0
SSkuad wanita Malaysia menamatkan cabaran mereka dalam Pusingan Akhir Piala Uber 2022 dengan menewaskan Mesir 5-0, perlawanan terakhir Kumpulan C di Impact Arena di sini, pada Selasa.

Kisona kejutkan bekas pemain nombor satu dunia
Pemain perseorangan wanita negara S. Kisona mencipta kejutan apabila menewaskan bekas pemain nombor satu dunia Saina Nehwal dari India pada pusingan kedua Kejohanan Terbuka Switzerland 2022 di Basel.

BATC: Skuad lelaki benam Singapura 5-0, wanita tempah tiket Piala Uber
Skuad lelaki memulakan kempen Kumpulan B di Pusat Konvensyen Setia City dengan kemenangan 5-0 menentang negara jiran Singapura.

Kejuaraan Dunia: Kisona terkeluar awal
Harapan pemain badminton perseorangan wanita utama negara S. Kisona untuk kembali cemerlang tidak kesampaian.

BAM akan bantu Kisona baiki prestasi diri - Norza
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan terus menyokong pemain perseorangan wanita negara S.Kisona dalam usaha mengembalikan keyakinan diri dan prestasi dirinya.

Kisona akui hilang rentak, tekad bangkit semula
Kisona meminta peminatnya supaya bersabar dan terus memberikan sokongan buatnya untuk kembali bangkit.

'Saya juga manusia', kata Kisona
Pemain itu bertekad mengetepikan kejadian berbaur perkauman dan menumpukan perhatian pada perlawanan pembukaan Piala Uber hari ini.

Komen perkauman suatu yang keterlaluan - BAM
BAM menganggap komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain perseorangan wanita negara merupakan sesuatu yang keterlaluan.