Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah masih merasai kesakitan pada kedua-dua belah kakinya selepas terbabit dalam kemalangan mengerikan semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring pada Ahad.
Bagaimanapun, pelumba pasukan Aspar itu lega apabila pasukan perubatan mengesahkan beliau tidak mengalami kecederaan serius pada bahagian badannya selepas kemalangan itu.
"Saya gembira apabila tiada kecederaan besar di badan saya, tetapi kemalangan itu sangat teruk. Saya masih merasa sakit pada kedua-dua belah kaki terutamanya kaki kiri.
"Pada masa ini, saya menggunakan topang ketiak untuk membantu pergerakan dan saya berdoa agar pulih secepat mungkin, saya juga berharap dapat menyertai perlumbaan hujung minggu ini (GP Styrian)," katanya kepada wartawan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team Datuk Razlan Razali bersyukur kerana pelumba berusia 26 tahun selamat dan berharap beliau cepat sembuh.
BACA: Hafizh Syahrin terbabit kemalangan di GP Austria, disahkan stabil
BACA: "Alhamdulillah, Hafizh okay" - Isteri
Dalam kejadian itu, Hafizh Syahrin yang sedang memecut telah merempuh motosikal pendahulu kelas Moto2, Enea Bastianini yang berada di tengah-tengah trek.
Pelumba Itali berkenaan sebelum itu hilang kawalan di selekoh pertama dan terjatuh, kemudian berjaya berlari ke tepi trek bagi menyelamatkan diri dengan meninggalkan jenteranya di trek itu.
Pada perlumbaan berkenaan, Spaniard Jorge Martin daripada Red Bull KTM Ajo, meraih kemenangan sulung dalam Moto2 selepas mencatat masa 19 minit 24.723 saat dalam 13 pusingan.
BACA: Enea Bastianini kesal, doakan Hafizh Syahrin cepat pulih
Pelumba SKY Racing Team VR46, Luca Marini dan pelumba Jerman Marcel Schrotter daripada Liqui Moly Intact GP masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga dengan 2.195 saat dan 4.782 saat di belakang Jorge.
Perlumbaan seterusnya ialah Styrian GP dijadualkan diadakan di litar sama hujung minggu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 17 2020

Hafizh Syahrin yang sedang memecut telah merempuh motosikal Enea Bastianini yang berada di tengah-tengah trek. - Foto Twitter@MotoGP
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

4 maut pesawat ringan terhempas di pergunungan Austria
Kesemua empat penumpang sebuah pesawat ringan terbunuh dalam nahas di kawasan pergunungan di utara Austria, kata pihak berkuasa, lapor dpa.

Duta Austria mahu perkukuh persahabatan Malaysia-Austria
Hubungan Malaysia-Austria telah berkembang dengan baik sejak hubungan dua hala terjalin pada 1962, terutama dari segi ekonomi.

Kedah terus terima pelaburan besar walaupun pandemik - Sanusi
Kedah terus menerima pelaburan besar walaupun dalam persekitaran pandemik COVID-19 dan terkini membabitkan projek bernilai RM8.5 bilion dari syarikat Austria.

Berdiri dalam kotak dipenuhi ais, lelaki Austria ini cipta rekod baharu!
Josef Koeberl, 42, berjaya menahan diri dalam suhu sejuk itu selama dua jam, 30 minit dan 57 saat.

MotoGP: Saya anggap diri saya amat bertuah - Morbidelli
"Saya mengalami bengkak, tetapi semuanya baik. Melihat pada rakaman kemalangan itu, saya bersyukur selamat."

Pengeluar tudung tempatan perkenal tudung bernilai RM100,000
Tudung itu diperbuat daripada fabrik voile berdiameter 1.14 meter, ditaburi 7,512 kristal Swarovski pelbagai warna dan bentuk.

Austria catat dua jangkitan pertama COVID-19
Pasangan dari Bergamo di Lombardy itu telah berpindah ke Austria pada Jumaat dan kini dirawat di Innsbruck.

Berbakat sungguh! Panda di zoo Austria hasilkan lukisan berharga ratusan Euro!
Hampir 100 karya lukisan Yang Yang telah dijual secara dalam talian pada harga 490 Euro (RM2,340) setiap satu.

Anggota polis di Jerman cedera ditembak rakan setugas
Mereka telah masuk ke gereja itu susulan kehadiran seorang lelaki warganegara Austria berusia 53 tahun yang memegang pisau dan bertindak menjerit-jerit di dalam gereja.