KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Pandelela Rinong, seorang altet yang dikenali sebagai amat berani dan mampu untuk terjun daripada platform setinggi 10 meter dengan mudah, namun ramai yang tidak mengetahui bahawa sejak kecil lagi beliau sebenarnya takut kepada jarum suntikan.
Namun, demi keselamatan diri dan rakan-rakan lain, atlet 28 tahun itu mengatasi ketakutannya itu, untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 bersama-sama atlet lain dan pegawai yang terlibat dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo.
"Saya jenis yang takut jarum tapi tadi syukur tak sakit, jururawat pun baik, semua orang mesra dan bekerjasama," katanya selepas menerima suntikan pertama Pfizer-BioNTech bersama 263 atlet dan individu lain di Pusat Vaksinasi Kompleks Sukan Desa Tasik di Cheras hari ini.
Selepas pengambilan itu, atlet dari Sarawak itu kini lebih yakin dalam menjalani rutin harian, berlatih dan pertandingan, termasuk Piala Dunia Terjun di Tokyo yang dijadualkan dari 1-6 Mei.
Pandelela, yang memenangi pingat perak acara terjun 10 meter platform seirama di Sukan Olimpik Rio 2016 bersama Cheong Jun Hoong, kelihatan bersemangat untuk mengambil bahagian dalam kejohanan, mahu menggunakan pertandingan di Tokyo itu bagi mendapatkan semula suasana pertandingan lebih awal daripada Olimpik pada Julai di venue yang sama.
Sementara ratu gimnastik Farah Ann Abdul Hadi menyatakan yang beliau berasa lebih selamat untuk menyertai Piala Cabaran Dunia FIG (Persekutuan Gimnastik Antarabangsa) di Kaherah, Mesir pada Jun, untuk pertandingannya yang pertama selepas Sukan SEA Filipina pada November 2019.
"Saya ada pertandingan pertama setelah sekian lama, dan saya rasa lebih selamat dan selesa untuk pergi ke Mesir (selepas divaksinasi), sebab kita mesti risau disebabkan pandemik dan bertanding di luar negara, jadi saya rasa lebih selamat," katanya.
Atlet berusia 26 tahun itu kelihatan teruja dan risau untuk menyertai Olimpik selepas memenangi tiga pingat emas bagi acara - 'all-round', palang bertingkat dan senaman lantai - di Manila.
"Amat teruja dan sedkit risau untuk sertai pertandingan itu, kita ada pertandingan dalaman dengan hakim dalaman, atlet-atlet, tetapi tentunya saya teruja untuk bertanding di luar negara, untuk musim yang akan datang.
"Sasaran saya ialah untuk sertai dan bertanding, melihat kepada aras pertandingan, sebab kita lama tidak bertanding, jadi untuk mendapatkan keyakinan semula dan merasai perasaan menyertai pertandingan itu kembali," katanya.
Berikut reaksi atlet terpilih selepas vaksinasi:
Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik): "Masa suntikan itu pun sebenarnya tak sakit, saya rasa selesa dan proses keseluruhannya mudah sahaja, amat selesa, dia (pegawai perubatan) akan jelaskan semua perkara dan untuk sekarang saya rasa sangat bersyukur dapat divaksin."
Nur Dhabitah Sabri (terjun): "Saya harap tiada simptom yang menjejaskan latihan saya dan semunaya berjalan dengan baik."
Muhammad Ziyad Zolkefli (olahraga paralimpik): "Saya tidak mengalami sebarang rasa sakit, vaksinasi ini melindungi jadi saya rasa selamat, tetapi prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal masih perlu dipatuhi ."
Muhammad Fadhil Mohd Zonis (berbasikal trek): "Gemuruh dan teruja sebab saya ada baca kesan sampingan (vaksinasi), tetapi selepas 15 minit dan badan masih baik, jadi saya harap selepas ini badan terus dalam keadaan baik dan tiada kesan sampingan."
S. Suresh (memanah paralimpik): "Vaksinasi ini bagus untuk semua sebab kami nak bersedia untuk Tokyo, selepas vaksin pertama saya gembira kerana berpeluang pergi (sertai) pertandingan."
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 13 2021

Atlet dari Sarawak itu kini lebih yakin dalam menjalani rutin harian, berlatih dan pertandingan, termasuk Piala Dunia Terjun di Tokyo yang dijadualkan dari 1-6 Mei. - Gambar fail/BERNAMA

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."

Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas

Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.

Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.

"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.

Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.

RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.

Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf
Penerjun kelahiran Sarawak itu bagaimanapun belum mahu mengibar bendera putih, sebaliknya tekad bangkit lebih kuat selepas ini.

Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.

Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024
Pandelela masih mempunyai satu lagi peluang apabila beraksi bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama pada Selasa.