Scolari yang tergamam selepas Brazil dibelasah 7-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 - AFP PHOTO/Miguel SCHINCARIOL
Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari meminta maaf kepada seluruh rakyat negaranya selepas pasukan tuan rumah itu dimalukan oleh Jerman.
"Kami minta maaf," kata Scolari yang tergamam selepas Brazil dibelasah 7-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 awal pagi tadi.
"Kepada rakyat, maafkan kami kerana kesilapan ini."
Scolari yang membimbing skuad Brazil menang Piala Dunia 2002 mengambil tanggungjawab penuh di atas persembahan buruk pasukannya itu.
AFP PHOTO/Miguel SCHINCARIOL
"Saya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh pasukan saya di padang – dan saya yang harus dipersalahkan atas keputusan ini," katanya.
"Saya minta maaf kerana cita-cita kita tidak tercapai. Peminat terus menyokong kami walaupun ketinggalan lima, enam atau tujuh gol kepada Jerman.
"Adalah luar biasa untuk bolos empat gol dalam masa enam minit tetapi itu boleh berlaku.
"Jerman pun tak percaya apa yang terjadi." -- AFP
AFP PHOTO/Miguel SCHINCARIOL
The Future Is Female: Sustainable Development — Science Panels of the Amazon & Congo Basin
The Amazon and Congo Basin rainforests are two of Earth’s most vital ecosystems, yet they face threats that could forever alter their futures—and ours. These ecosystems are under immense pressure from deforestation, exploitation, and the mounting impacts of climate change. Established under the UN Sustainable Development Solutions Network (UN SDSN), the Science Panel for the Amazon and the Science Panel for the Congo Basin are bringing together the world’s leading scientists, Indigenous voices, and policymakers to deliver solutions that could shape the future of these vital regions. On this episode of The Future Is Female, Melisa Idris speaks with Emma Torres, Vice President for the Americas, and Head of the New York office for the UN Sustainable Development Solutions Network. She’s also the Strategic Coordinator of the Science Panel for the Amazon, and the Science Panel for the Congo Basin.