KUALA LUMPUR: Selepas beroperasi 18 tahun di Kinrara Oval, Puchong, Persatuan Kriket Malaysia (MCA) akhirnya akan mengosongkan padang keramat mereka itu pada 30 Jun.
Presidennya Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali berkata Kelayakan Bawah 19 Wanita Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) 2022 dari 1-10 Jun dan Kejohanan Piala Asia T20 Wanita Majlis Kriket Asia (ACC) (15-25 Jun) akan menjadi dua kejohanan terakhir berlangsung di situ.
"Kami dengan ini memaklumkan bahawa MCA telah mencapai satu penyelesaian dengan Perumahan Kinrara Berhad (PKB) dan memenuhi kewajipannya untuk membayar. Kinrara Oval telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa - hebat dan ikonik, ia menjadi rumah kepada kriket Malaysia.
"Memandangkan kepada sejarah dan legasi yang ada dengan kriket di Kinrara Oval, ia menjadi sentimen dan sebab yang kuat, di mana keluarga kriket telah berharap ia dikekalkan. Bagaimanapun, kami mengundurkan diri secara baik, dengan penuh kesyukuran, membawa bersama kami kenangan-kenangan kriket yang terbaik," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mohammad Iqbal berkata pada masa ini Kinrara Oval merupakan salah satu daripada padang dengan status 'One-Day International' (ODI) di Asia Tenggara. Satu lagi padang yang mempunyai status tersebut ialah Bayuemas Oval di Klang.
Sementara itu beliau berkata ahli gabungan dan ahli bersekutu negeri akan diberikan peluang untuk menyediakan satu pasukan untuk beraksi dalam Kejohanan Masters t10 Curtain Call dari 10-12 Jun.
Dalam pada itu Mohamad Iqbal berkata MCA yakin untuk dapat mencari satu kawasan yang dapat dipanggil 'rumah sendiri'.
"Terima kasih juga, kepada setiap mereka yang bersama-sama kami, percaya kepada kami dan terus percaya kepada niat kami. Kami berikrar untuk meneruskan kriket di Malaysia dan merealisasikan visi kami : untuk menjadi sukan utama di Malaysia," katanya.
MCA buat pertama kalinya memajak tanah daripada PKB pada 2003 untuk 15 tahun, yang berakhir pada 2018, sebelum kabinet pada awal 2019, memberikan kelulusan khas untuk melanjutkan tempohnya.
Kinrara Oval telah menjadi tuan rumah kepada beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Piala Dunia Bawah 19 dan acara kriket untuk Sukan SEA 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022

Kinrara Oval telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa dan menjadi rumah kepada kriket Malaysia. - Facebook Malaysian Cricket Association

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Selepas 18 tahun, Kriket Malaysia akhirnya berpindah dari Kinrara Oval pada 30 Jun
Kelayakan Bawah 19 Wanita ICC 2022 dan Kejohanan Piala Asia T20 Wanita ACC akan menjadi dua kejohanan terakhir berlangsung di situ.