SELEPAS menumpaskan lawannya menerusi ‘knock out’ dalam pertarungan tinju semalam, YouTuber terkenal Jake Paul kini mengemukakan cabaran kepada bintang UFC, Conor McGregor pula.
Selain itu Paul, 23, turut mencabar rakan sepasukan McGregor, iaitu Dillon Danis.
Difahamkan cabaran yang dikemukakan itu adalah untuk pertarungan sukan tinju dan bukannya sukan seni bela diri campuran (MMA).
“Ada ramai yang saya ingin lawan - Conor McGregor, Dillon Danis. Saya akan tumpaskan kedua-duanya.
“Kemudian ada KSI, Austin McBroom. Saya ingin berada dalam sukan ini untuk masa yang lama. Saya cintakan sukan ini, jadi mengapa tidak?” katanya ketika ditemu bual selepas pertarungannya dengan Nate Robinson pada Ahad.
Dalam perlawanan tersebut, Paul menewaskan Robinson menerusi ‘knock out’ (KO) pada minit 1:24 pusingan kedua.
Paul merupakan seorang selebriti media sosial, pelakon dan juga petinju yang baru sahaja bertukar status kepada profesional tahun ini.
Dia telah memenangi dua pertarungan profesional dan satu pertarungan peringkat amatur.
Dia juga merupakan adik kepada seorang lagi pelakon dan YouTuber terkenal, Logan Paul.
Sementara itu, Danis dalam reaksinya terhadap cabaran Paul, telah memuat naik sekeping foto di laman Instragramnya dengan kapsyen, “Patutkah saya KO-kan dia?”
McGregor disahkan akan beraksi pada 23 Januari 2021 nanti, menentang jaguh dari Amerika Syarikat, Dustin Poirier.
BACA: UFC: McGregor kembali beraksi 23 Jan menentang Dustin Poirier
Bekas juara berganda dari Ireland itu telah menandatangani kontrak untuk pertarungannya dengan Poirier pada 20 November lepas.
Haider Yutim
Mon Nov 30 2020
![Selepas kemenangan KO, YouTuber Jake Paul cabar Conor McGregor pula Selepas kemenangan KO, YouTuber Jake Paul cabar Conor McGregor pula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606739493_JakePaul.jpg)
Difahamkan cabaran yang dikemukakan Paul itu adalah untuk pertarungan sukan tinju dan bukannya MMA. - Gambar media sosial
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Pertarungan Mike Tyson-Jake Paul peroleh lebih 60 juta tontonan secara langsung! Pertarungan Mike Tyson-Jake Paul peroleh lebih 60 juta tontonan secara langsung!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731807720_MikeTysonJakePaul.jpg)
Pertarungan Mike Tyson-Jake Paul peroleh lebih 60 juta tontonan secara langsung!
Acara itu mendominasi media sosial dan memecahkan pelbagai rekod sebagai acara yang paling banyak ditonton secara penstriman langsung.
![Selepas 8 pusingan, Mike Tyson tewas di tangan Jake Paul Selepas 8 pusingan, Mike Tyson tewas di tangan Jake Paul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731736093_MikeTyson.jpg)
Selepas 8 pusingan, Mike Tyson tewas di tangan Jake Paul
Bekas juara dunia Mike Tyson kecundang di tangan Jake Paul dalam aksi tinju yang berlangsung di Stadium AT&T, Texas, sebentar tadi.
![Tidak sabar bertinju, Mike Tyson tampar muka Jake Paul! Tidak sabar bertinju, Mike Tyson tampar muka Jake Paul!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731642982_MikeTyson.jpg)
Tidak sabar bertinju, Mike Tyson tampar muka Jake Paul!
Mike Tyson tidak sabar untuk memakai sarung tangan tinju apabila menampar lawannya, Jake Paul sebelum perlawanan sebenar berlangsung pagi esok.
![KO pusingan pertama, Jake Paul tumbangkan bekas petarung UFC Ben Askren KO pusingan pertama, Jake Paul tumbangkan bekas petarung UFC Ben Askren](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618729754_jakeydino.jpg)
KO pusingan pertama, Jake Paul tumbangkan bekas petarung UFC Ben Askren
Jake Paul mengejutkan dunia sukan tempur apabila menewaskan bekas jaguh MMA, Ben Askren dalam perlawanan tinju, pada Ahad.
![Bakal cabar Ben Asken, impian YouTuber Jake Paul lawan petarung UFC jadi kenyataan Bakal cabar Ben Asken, impian YouTuber Jake Paul lawan petarung UFC jadi kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611723390_JakePaulBenAskre.jpg)
Bakal cabar Ben Asken, impian YouTuber Jake Paul lawan petarung UFC jadi kenyataan
YouTuber sensasi dari Amerika Syarikat, Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, dilaporkan bakal bertarung dengan bekas atlet UFC, Ben Askren pada April depan.
![Terdesak inginkan perhatian, Jake Paul 'serang' rakan sepasukan Conor McGregor Terdesak inginkan perhatian, Jake Paul 'serang' rakan sepasukan Conor McGregor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51608113252_JakePaul.jpg)
Terdesak inginkan perhatian, Jake Paul 'serang' rakan sepasukan Conor McGregor
YouTuber, Jake Paul yang kini bergelar petinju profesional, baru-baru ini melakukan satu lagi aksi yang mengundang kontroversi.
![Selepas kemenangan KO, YouTuber Jake Paul cabar Conor McGregor pula Selepas kemenangan KO, YouTuber Jake Paul cabar Conor McGregor pula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606739493_JakePaul.jpg)
Selepas kemenangan KO, YouTuber Jake Paul cabar Conor McGregor pula
YouTuber terkenal Jake Paul kini mengemukakan cabaran kepada bintang UFC, Conor McGregor.