KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal dalam kalendar Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) sehingga 2024 dengan Petronas terus menjadi penaja utama perlumbaan itu.
Pemegang hak MotoGP Dorna Sports ketika mengumumkan pusingan di Malaysia akan dikenali sebagai Grand Prix Petronas Malaysia mulai tahun ini memaklumkan semua pihak terlibat sudah pun berbincang untuk melanjutkan perjanjian hingga 2026.
Sejak 1999, SIC menjadi litar kegemaran peminat dan juga pelumba dengan dua laluan lurus panjang, gabungan selekoh berbeza-beza dan kompleks grandstand utama yang menakjubkan, serta telah mementaskan 20 GP.
Selepas perlumbaan musim 2020 dan 2021 dibatalkan berikutan pandemik COVID-19, perlumbaan tahun ini dijadual berlangsung pada 21-23 Okt.
Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports Carmelo Ezpeleta berkata Malaysia adalah pasaran penting MotoGP dan ia adalah satu keseronokan untuk berlumba di Sepang dan menyaksikan keghairahan luar biasa peminat yang memenuhi tempat duduk grandstand.
"Selepas terbukti dapat kembali ke Malaysia untuk ujian pramusim tahun ini, kami lebih bersemangat untuk kembali dan berluma. Kami semua menantikan Grand Prix Malaysia dan melihat peminat kami di Malaysia untuk banyak musim lagi.
"Kami juga berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengan Petronas, jenama yang sinonim dengan kecemerlangan dan kejayaan, dan duta hebat untuk Malaysia di persada dunia.
"Tiada yang lebih baik sebagai penaja utama untuk Grand Prix Malaysia selain daripada satu nama yang menjadi lambang dalam sukan permotoran. Kami tidak sabar untuk melihat jenama ikonik ini mendapat pengiktirafan teratas pada acara itu," katanya dalam satu kenyataan
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif mengucapkan penghargaan kepada mereka yang menjadikan lanjutan kontrak berkenaan menjadi kenyataan.
"Dengan rekod penonton yang dicatatkan sentiasa meningkat setiap tahun, kami tidak sabar untuk menyambut kedatangan penonton kembali ke Sepang selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian berikutan pandemik. Selaras dengan tema kami #WelcomeHome, tahun ini adalah mengenai kebangkitan sukan permotoran antarabangsa dengan tawaran lebih unik kepada peminat," tambahnya.
Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata syarikat minyak itu amat berbesar hati untuk menaja gelaran untuk GP Malaysia, yang dianggap sebagai acara sukan utama di Malaysia dan Asia.
"Penajaan utama menawarkan peluang untuk kepada Petronas untuk berhubung dengan peminat sukan itu dan mempamerkan jenama serta produk kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022
![Sepang lanjut kontrak MotoGP sehingga 2024, Petronas selaku penaja utama Sepang lanjut kontrak MotoGP sehingga 2024, Petronas selaku penaja utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618043258_LitarAntarabangsaS.jpg)
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal dalam kalendar Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) sehingga 2024 dengan Petronas terus menjadi penaja utama perlumbaan itu. - Gambar fail/BERNAMA
Pencarum PERKESO tidak perlu bayar rawatan di klinik panel mulai tahun ini
Pencarum PERKESO kini boleh mendapatkan rawatan di 1,400 klinik panel tanpa bayaran untuk kes kemalangan pekerjaan dan penyakit khidmat mulai tahun ini.
“Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here..” - Sultan Pahang
Demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika ditanya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI berkaitan perancangan baginda tentang pembangunan negeri itu.
Jangan bertelagah kerana sebab-sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
![67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan 67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738982410_TBSesimenembakPLKN.jpg)
67 pelatih PLKN 3.0 siri pertama jalani latihan menembak senjata ringan
Mereka yang terdiri daripada 40 lelaki dan 24 perempuan ini memulakan sesi latihan pada 9 pagi dengan pantauan jurulatih dari TDM dan TUDM.
Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI, baginda menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu pembaharuan di Kuantan dan mahu menjadikkannya sebagai satu lagi produk tarikan pelancongan sempena musim perayaan.
![Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738979579_tbAbangJohariKuch.jpg)
Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari
Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun pagi ini Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738640785_PPS.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak menunjukkan penurunan setakat pagi ini.
!['Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang 'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738978648_sultanpahang.jpg)
'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.
![Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738975701_HarryMaguire.jpg)
Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United
Maguire menjaringkan gol kontroversi melalui tandukannya dalam waktu kecederaan.
![MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738878458_TBmotogp.jpg)
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
![MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738797857_TBmotogp.jpg)
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
![MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730652507_tbFrancescoBagnaia.jpg)
MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia
Pelumba kelahiran Itali itu mengakui cabaran Litar de Catalunya selepas melalui pengalaman terjatuh di litar berkenaan pada Jun lalu.
![GP Malaysia: SIC sahkan pelumba negara beraksi tiket 'wildcard' GP Malaysia: SIC sahkan pelumba negara beraksi tiket 'wildcard'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729030776_TBNgSueeLim.jpg)
GP Malaysia: SIC sahkan pelumba negara beraksi tiket 'wildcard'
Beliau berkata butiran mengenai jumlah pelumba dan kelas bakal disertai akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pihak penaja korporat.
![Raja Permaisuri Agong berangkat menyaksikan perlumbaan GT World Challenge Asia Raja Permaisuri Agong berangkat menyaksikan perlumbaan GT World Challenge Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713664672_tbSultanIbrahimSul.jpg)
Raja Permaisuri Agong berangkat menyaksikan perlumbaan GT World Challenge Asia
Baginda menyaksikan penyertaan paduka anakanda, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight.
![Triple Eight JMR raih tempat ke-10 di Sepang Triple Eight JMR raih tempat ke-10 di Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713664497_perlumbaanFanatecG.jpg)
Triple Eight JMR raih tempat ke-10 di Sepang
Pasukan yang memandu jentera Mercedes-AMG GT3 EVO itu mencatat masa satu jam dua minit 42 saat selepas 26 pusingan.
![Bagnaia terajui hari terakhir ujian musim sejuk MotoGP 2024 Bagnaia terajui hari terakhir ujian musim sejuk MotoGP 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707428449_TBFrancescoBagnaia.jpg)
Bagnaia terajui hari terakhir ujian musim sejuk MotoGP 2024
Juara dunia berusia 27 tahun itu mencatatkan masa satu minit dan 56.682 saat pada pusingan kelapan daripada 47 pusingan.
![Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706694800_950x600.jpg)
Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas
Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS menafikan sebarang perbincangan untuk menganjurkan semula Formula 1 (F1) di Malaysia.
![GP Malaysia tarik 182,912 penonton, SIC kini fokus tambah baik litar GP Malaysia tarik 182,912 penonton, SIC kini fokus tambah baik litar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699846731_GrandPrix.jpg)
GP Malaysia tarik 182,912 penonton, SIC kini fokus tambah baik litar
Kehadiran musim ini mengatasi jumlah 163,567 penonton tahun lepas.
![TPM Ahmad Zahid saksi perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2023 TPM Ahmad Zahid saksi perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699774053_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
TPM Ahmad Zahid saksi perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2023
Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.