KUCHING: Persatuan Sukan Lasak Sarawak (SESA) menyasarkan untuk menjadi 'lubuk' mengeluarkan atlet sukan lasak di negeri ini setanding sukan-sukan lain seperti sukan air dan angkat berat.
Kata presidennya Nik Mohd Suhaily Bahari, pelbagai kaedah dilaksanakan bagi mencari dan menggilap bakat anak muda yang berpotensi menjadikan sukan lasak sebagai karier mereka di samping sebagai hobi.
Antaranya, termasuklah dengan menganjurkan pertandingan secara berkala melibatkan sukan papan selaju, kasut roda, dan basikal motocross (BMX) di mana masing-masing membuka kategori untuk junior dan pemula.
“Kita hendak mencari bakat muda dan ada yang sudah jumpa jadi kita mahu memasukkan mereka ke dalam program khususnya bagi papan selaju junior kerana sukan itu serta BMX kini ada dipertandingkan dalam Olimpik.
“Tetapi buat masa ini kita mahu melatih mereka untuk menyertai SUKMA dan bina keyakinan mereka sejak usia awal,” katanya kepada Astro AWANI.
Menurut Nik, penyertaan pertandingan sukan lasak itu diterima baik di mana baru-baru ini seramai 100 peserta pelbagai peringkat umur hadir ke Dewan Suarah Kuching dari seluruh negeri terutamanya dari Bintulu, Sibu dan Sarikei.
Dalam pada itu, tambah Nik, sokongan padu dan sikap terbuka ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka menjadi faktor penting dalam usaha meningkatkan atlet sukan lasak Sarawak.
Misalnya, Danial Adam Saiful Bahari usia 12 tahun, yang berjaya menjadi juara bagi kategori papan selaju junior, baru sahaja mula berjinak dalam sukan tersebut enam bulan lalu.
Namun dengan sokongan serta bimbingan akademi papan selaju juga, bakatnya dapat diasah dengan cepat, dalam keadaan selamat dan dipantau rapi.
“Kami juga memerlukan sokongan ibu bapa untuk melihat ini sebagai sukan yang positif bagi anak-anak mereka untuk pergi jauh,” tambahnya.
Sementara itu, Nik berharap agar bantuan dari Kementerian Belia dan Sukan Sarawak akan diteruskan dalam menaja aktiviti sebegini dan juga dari segi penyediaan prasarana yang kondusif.
“Kita juga merancang untuk membina lebih banyak fasiliti selain melahirkan lebih banyak pelatih dan atlet di seluruh negeri Sarawak.
“Kita turut menekankan aspek pendidikan dan mempromosi sukan-sukan ini dengan kaedah baharu melalui sekolah misalnya.” katanya lagi.
Fadilah Sulaiman
Mon Dec 27 2021
Persatuan Sukan Lasak Sarawak (SESA) berhasrat melahirkan lebih ramai atlet sukan lasak untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa. - Astro AWANI
Turkish Airlines sambung semula penerbangan ke Damsyik selepas 13 tahun
Syarikat penerbangan Turkish Airlines menyambung semula penerbangan ke ibu negara Syria, Damsyik, pada Khamis selepas hampir 13 tahun.
Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM
KPKM hari ini menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.
AWANI Tonight 23 Jan 2025
AWANITonight with Ashwad Ismail & Najib Aroff
1. A special coverage of WEF 2025 from Davos, Switzerland
1. A special coverage of WEF 2025 from Davos, Switzerland
JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.
Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara
Perlis merekodkan kadar air tidak berhasil (NRW) tertinggi dalam negara iaitu kira-kira 62 peratus, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) Charles Santiago.
Banjir Sarawak: 91 mangsa berlindung di PPS Saratok
Keadaan banjir di daerah Saratok setakat petang ini masih kekal dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak yang dibuka bagi menempatkan sejumlah 91 mangsa.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
SESA buka peluang atlet sukan lasak Sarawak ke peringkat antarabangsa
pelbagai kaedah dilaksanakan bagi mencari dan menggilap bakat anak muda yang berpotensi menjadikan sukan lasak sebagai kerjaya.