KUALA LUMPUR: Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat, semalam.
Menurut laman sesawang kejohanan https://live.pttiming.com, pada final yang berlangsung di Stadium Dean A. Hayes, Murfreesboro itu, Shereen menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 51.79 saat (s),
Catatan itu sekali gus memadamkan rekod 51.80s yang dilakarnya pada Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California, Amerika Syarikat pada April tahun lepas.
Bagaimanapun, atlet berusia 26 tahun dari Perak itu wajib mencatatkan masa larian sekurang-kurangnya 50.95s jika mahu melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris yang akan membuka tirai Julai ini.
Dalam pada itu, Leah Anderson dari Jamaica merangkul emas dengan catatan 51.67s manakala gangsa menjadi milik atlet tuan rumah Na'asha Roinson dengan 51.82s dalam kejohanan tersebut.
Jawatankuasa pemilihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) perlu menyerahkan nama sama ada Shereen atau seorang lagi pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum 8 Julai ini, sekiranya kedua-dua atlet itu tidak dapat melayakkan diri secara merit.
Muhammad Azeem yang merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s melakukan catatan terbaiknya musim ini 10.24s ketika beraksi pada Kejohanan Olahraga LSU Invitational di Los Angeles pada 27 April lepas.
Bagaimanapun, catatan tersebut masih jauh jika dibandingkan dengan kelayakan ke Paris yang memerlukan beliau mencatat 10s untuk layak secara merit dalam acara tumpuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Shereen menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 51.79 saat (s). - Gambar fail/Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menegaskan badan induk itu belum memutuskan atlet mana yang bakal mengisi slot wild card di Olimpik Paris.

Terbuka Kazakhstan: Shereen, Azeem raih podium - Slot Sukan Olimpik kian samar?
Kedua-dua mereka masih menunggu peluang saat akhir untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris.

Azeem Fahmi, Shereen tempah slot final acara 100m, 400m Terbuka Kazakhstan
Harapan dua pelari negara, Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy untuk beraksi di temasya Olimpik Paris masih terbuka.

Shereen lebur rekod kebangsaan 400m miliknya di Tennessee
Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat.

Sukan Asia Hangzhou: Shereen butir pingat gangsa 400m
Atlet olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy, meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou dalam acara 400 meter sebentar tadi.

Sukan Asia: Muhammad Azeem, Shereen lepasi halangan pertama
Sasaran Muhammad Azeem adalah untuk memenangi peringkat saringan sekali gus mara ke peringkat seterusnya.

Shereen pecah rekod kebangsaan 200m berusia 25 tahun milik G. Shanti
Pada saingan final yang berlangsung di Kolej Rhodes di Memphis itu, Shereen menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan catatan masa 23.33 saat.

Shereen raih emas acara 400m Kejohanan NCAA di Amerika Syarikat
Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada NCAA.

Sukan SEA: Shereen tepati ramalan raih emas
Shereen Samson Vallabouy ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila memenangi pingat emas acara 400 meter (m) akhir wanita Sukan SEA Kemboja 2023.

Hannah akan jumpa Shereen, bincang keperluan dan kebajikan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan Shereen Samson Vallabouy pada Selasa ini bagi membincangkan keperluan dan kebajikan atlet olahraga negara itu.