SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terus mengorak langkah dalam industri automotif dengan memperkenalkan Pusat Pengalaman Memandu (DEC) yang pertama di Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata fasiliti DEC itu selaku hab pendidikan permotoran, akan mula dibina di kawasan SIC pada bulan ini dan dijangka siap tahun hadapan.
"Projek ini sebahagian daripada pelan SIC yang kita bangunkan suatu ketika dahulu dan ia akan menjadi satu lagi produk dari kami kerana di litar utama kita lebih fokuskan kepada perlumbaan, sementara DEC kita lebih tertumpu kepada sudut kemahiran dan keselamatan pemanduan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pecah tanah DEC di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang di sini hari ini.
Shafriman berkata fasiliti tersebut dibangunkan atas tanah berkeluasan 28 hektar yang seterusnya akan memperkenalkan konsep pembelajaran kepada pemandu di Malaysia, agar lebih mahir mengendalikan kenderaan dengan penyediaan fasiliti dan rintangan.
"Ia termasuk sirkit pengendalian sejauh 1.5 kilometer, Bulatan Gelinciran, Plat Gelinciran Hidraulik dan Kawasan Pelantar Dinamik, yang pastinya dapat menguji kecekapan pemandu dan kebolehan kenderaan mereka," katanya.
Beliau berkata antara perkhidmatan ditawarkan selepas fasiliti itu siap dibina nanti melibatkan Prestasi Pengalaman Pemanduan, Kursus Pemanduan Keselamatan dan Penyewaan Fasiliti.
Projek DEC merupakan salah satu komponen kepada Pelan Strategik Perniagaan unjuran lima tahun SIC, yang diluluskan Lembaga Pengarah SIC pada 2014.
Geran projek DEC itu diperuntukkan kerajaan melalui bajet Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Turut hadir pada majlis pecah tanah tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalannya Datuk Seri Ti Lian Ker.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022

Fasiliti DEC itu selaku hab pendidikan permotoran, akan mula dibina di kawasan SIC pada bulan ini dan dijangka siap tahun hadapan. - Bernama

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

APMC bakal ubah landskap sukan permotoran di rantau ini
Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir berkata penganjuran itu bakal menampilkan bakat terbaik dalam pelbagai disiplin permotoran.

F1 boleh kembali ke Sepang, jika ada tajaan korporat - Mokhzani
Mokhzani berkata hasrat menganjurkan semula F1 masih dalam penelitian, apatah lagi nilai Ringgit yang tidak stabil berbanding USD.

Jualan tiket GP Malaysia capai lebih 50 peratus - SIC
Azhan Shafriman berkata, biarpun SIC berdepan cabaran tertentu, pihaknya berusaha keras untuk memastikan sasaran 170,000 penonton tercapai.

Hamilton rindukan perlumbaan sukar di Litar Sepang
Hamilton berkata, SIC sebuah litar yang menarik dan sentiasa menjanjikan satu perlumbaan yang epik, ketika Grand Prix F1 Malaysia.

8,000 peminat tegar MotoGP Indonesia bakal meriahkan Litar Sepang
Azhan Shafriman Hanif berkata, peminat tegar di Indonesia teruja untuk menyaksikan perlumbaan kedua terakhir dalam kalendar 2022.

SIC perkenal pusat pengalaman memandu pertama di Asia Tenggara
Fasiliti DEC itu selaku hab pendidikan permotoran, akan mula dibina di kawasan SIC pada bulan ini dan dijangka siap tahun hadapan.

Kejuaraan Petronas Cub Prix 2021 kembali bersambung minggu hadapan
Prosedur operasi standard penganjuran acara akan menjadi lebih ketat berbanding dengan apa yang pernah dipraktikkan musim lalu.

Vinales menang perlumbaan MotoGP Malaysia
Pelumba Sepanyol Maverick Vinales yang bermula dari petak kedua menang perlumbaan kelas MotoGP di Grand Prix Motosikal Malaysia 2019 di Litar Sepang.

Quartararo raih petak pertama GP Malaysia
Quartararo tampilkan tunggangan cemerlang di trek kering sepanjang 5.543km itu dengan mencipta rekod masa terpantas 1 minit 58.303 saat.

KBS rayu sektor swasta tampil taja Hafizh Syahrin musim depan
KBS ada menyalurkan dana kepada Hafizh melalui Litar Sepang Antarabangsa (SIC), namun menjangkakan ianya tidak akan mencukupi.