SKUAD bola sepak pekak Malaysia meraih keputusan memberangsangkan dalam kempen kelayakan Asia Pasifik di Iran apabila berjaya ikat tuan rumah 1-1.
Malaysia, yang diletakkan dalam Kumpulan A, membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Baihaqi Abdullah pada minit ke-16.
Bagaimanapun, Iran menyamakan kedudukan menerusi sentuhan pemusnah Ali Zeimalvand pada minit ke-20 dan kedudukan itu kekal hingga wisel penamat.
Keputusan itu dianggap positif dalam usaha skuad negara mengintai slot ke temasya Sukan 'deaflympics' yang akan berlangsung di Brazil, tahun depan.
Malaysia akan membuat perhitungan dengan satu lagi gergasi Timur Tengah, Iraq, hari ini.
"Semalam adalah satu perlawanan hebat kerana kami tidak pernah menang dengan mereka (Iran).
"Saya menggunakan taktikal baru kerana lawan bertubuh tinggi dan besar, percaturan itu berjaya yang menyaksikan kami beroleh satu gol.
"Saya yakin kami akan berikan kekuatan yang sama ketika menentang Iraq," kata jurulatih Malaysia, Manachai Sitthisarn.
Astro Arena
Thu Jun 03 2021

Setelah berjaya mengikat tuan rumah 1-1 dalam kempen kelayakan Asia Pasifik di Iran, skuad bola sepak pekak Malaysia akan membuat perhitungan dengan Iraq pula hari ini. - Foto Astro ARENA

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Skuad bola sepak pekak intai kejutkan Iraq
Skuad bola sepak pekak Malaysia meraih keputusan memberangsangkan dalam kempen kelayakan Asia Pasifik di Iran apabila berjaya ikat tuan rumah 1-1.

Jadikan SOPMA platform baiki prestasi atlet - Adenan
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mahu Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) menjadi platform mengembalikan semula Malaysia sebagai antara nama besar dalam sukan warga pekak.