PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway di sini semalam.
Kilauan gangsa itu disumbangkan masing-masing dua atlet yang membuat debut iaitu Ethan Damian Goh dalam acara individu lelaki dan Qurratu'ain Izdihar Mohd Pozi bagi kategori individu wanita.
Ethan hampir mencipta kejutan apabila menampilkan aksi konsisten dengan melakar 224, 225, 202, 226 dan 245 mata untuk merampas kedudukan pendahulu selepas lima permainan.
Bagaimanapun, atlet berusia 14 tahun itu gagal meneruskan rentak pada permainan terakhir apabila sekadar meraih 186 mata sekali gus terpaksa akur mengakhiri saingan di tempat ketiga dengan keseluruhan 1,308 jatuhan pin.
Emas dimenangi Mark Leong dari Singapura B yang mengumpul keseluruhan 1,321 jatuhan pin sementara wakil Macau, Chan Chun Lok membawa pulang perak selepas meraih 1,311.
"Saya sangat gembira dan juga teruja, terima kasih kepada semua yang menyokong dan membantu saya... saya memang berasa sedih sedikit (hilang kedudukan pertama) tetapi tak mengapa dapat tempat ketiga, sekurang-kurangnya tiga terbaik," katanya yang ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.
Pada masa sama, Ethan yang akan beraksi dalam acara beregu hari ini dan berpasukan pada Khamis mengakui saingan dihadapinya sangat sengit dan perlu lebih bijak dalam membuat keputusan pertukaran bola dalam baki saingan selepas ini.
Dalam pada itu, wakil Singapura A Nura Salsabila Zulkifli mendominasi saingan wanita apabila menggondol pingat emas selepas mengumpul keseluruhan 1,395 jatuhan pin.
Tempat kedua menjadi milik atlet Singapura B Ella Tan (1,322) dan ketiga Qurratu'ain Izdihar (1,274) yang mewakili Malaysia B.
"Pada mulanya saya tidak sangka mampu menang sebab saya berusaha keras pada tiga perlawanan pertama dan selepas perlawanan ketiga saya membuat keputusan untuk tukar bola dan ia beri saya impak yang baik seterusnya mengekalkan guna bola yang sama," kata Qurratu'ain Izdihar yang berusia 16 tahun dan turut akan beraksi dalam acara beregu dan berpasukan.
Sementara itu jurulatih kebangsaan Azidi Ameran berkata: "Sebenarnya kita sasar emas tapi dalam boling susah nak dapatkan jaminan tetapi sekurang-kurangnya kami balik dengan dua gangsa dan pada saya itu pencapaian yang baik, lagi-lagi dua pemain itu adalah pemain baharu dan jarang dikeluarkan untuk bersaing, jadi saya sangat berbangga dengan mereka."
Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dari 16 hingga 23 Jun ini disertai 14 pasukan antaranya Malaysia, Australia, Singapura, China, Indonesia, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Macau dan Pakistan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024

Ethan (kiri) dan Qurratu'ain berjaya meraih tempat kedua selepas beraksi pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway, Petaling Jaya semalam. - Foto BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.

Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.

Piala Dunia: Juara boling Muhammad Rafiq buru kemenangan di Kowloon
Muhammad Rafiq mahu tebus kekalahan di peringkat suku akhir pada edisi sebelum ini, sekali gus bawa pulang pingat dalam acara berpasukan.

Bekas Presiden MTBC P S Nathan meninggal dunia
Berita duka itu diumumkan MTBC yang menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat seluruh komuniti boling.

Skuad boling remaja wanita negara sambar emas di kejohanan dunia IBF
Skuad boling remaja wanita negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Stadium Fiesta Asiad Bowling Icheon.

Li Jane raih kejuaraan Terbuka AS
Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang menewaskan pemain dari Latvia Diana Zavjalova pada perlawanan akhir stepladder.

Skuad boling remaja tuai dua gangsa pada hari pertama kejohanan Asia
Kilauan gangsa itu disumbangkan Ethan Damian Goh dalam acara individu lelaki dan Qurratu'ain Izdihar Mohd Pozi bagi kategori individu wanita.

ANGKASA mahu media terus salur maklumat kebaikan berkoperasi - Abdul Fattah
Gerakan koperasi memainkan peranan penting kepada ekonomi rakyat dan pembangunan sosioekonomi negara, seiring dengan aspirasi Dasar Koperasi Malaysia (DAKOM) 2030.

Kekalahan mengejut beri pengajaran berguna kepada Natasha
Pemain boling elit wanita negara, Natasha Mohamed Roslan mengalami kekalahan mengejut pada Kejohanan Boling Kebangsaan ke-45 semalam, selepas kira-kira sebulan muncul juara dunia buat kali pertama.