PUTRAJAYA: Selepas pulang dengan tangan kosong pada dua saingan lepas, skuad hoki ais lelaki negara kini membulatkan tekad untuk bekerja keras bagi membawa pulang pingat pada Kejohanan Hoki Ais Dunia Divisyen IV di Kuwait City, Kuwait yang berlangsung dari 16 hingga 19 April ini.
Penolong pengurus pasukan kebangsaan Muhd Fadzli Amin Muhd Yusoff optimis sasaran itu mampu dicapai skuad kebangsaan pada penampilan ketiga kejohanan berkenaan memandangkan mereka telah menjalani persediaan rapi sejak November lepas.
"Berdasarkan komitmen tinggi para pemain negara serta pelbagai program disusun barisan kejurulatihan, saya harap pemain dapat berikan persembahan terbaik di Kuwait.
"Walaupun kita kurang bernasib baik pada dua edisi lepas, namun kesemua pemain kini dilihat bersemangat memperbaiki prestasi dengan membawa pulang pingat dan seterusnya menjadi detik bersejarah buat sukan hoki ais negara," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di sini.
Malaysia yang membuat penampilan sulung pada tahun 2022 meraih tempat keempat pada Divisyen IV berlangsung di Bishkek, Kyrgyzstan dan seterusnya dinaikkan ke Divisyen III B di Sarajevo, Bosnia and Herzegovina tahun lepas.
Bagaimanapun skuad negara gagal menyerlah dan tewas di kesemua lima perlawanan pada Divisyen III B dengan menduduki tempat tercorot, sekali gus diturunkan kembali ke Divisyen IV tahun ini.
Muhd Fadzli mengakui persediaan kurang rapi pasukan kebangsaan merupakan antara punca utama kegagalan mereka pada saingan di Sarajevo.
Justeru beliau berkata Persekutuan Hoki Ais Malaysia telah mengorak langkah dengan melantik Mikhail Dolinin dari Rusia sebagai ketua jurulatih pasukan hoki ais lelaki kebangsaan untuk tempoh dua tahun bermula November lepas.
Katanya pengalaman jurulatih berusia 34 tahun beraksi dalam pelbagai saingan antarabangsa sebelum ini amat ditagih pihaknya bagi meningkatkan prestasi Malaysia di pentas dunia selepas ini.
Selain Dolinin, Muhd Fadzli berkata mereka turut merekrut khidmat rakan senegaranya, Artem Bortovskiy serta warga Jepun, Kazunori Miura, yang akan bertindak sebagai pembantu jurulatih skuad negara.
Sementara itu menurutnya beliau menjangka skuad negara bakal berdepan cabaran getir dari Mongolia dan tuan rumah pada saingan empat pasukan dalam Divisyen IV yang turut disertai Indonesia.
Malaysia akan membuka tirai kempen Kejohanan Hoki Ais Dunia Divisyen IV di Kuwait Ice Skating Rink berdepan tuan rumah pada 16 April diikuti menentang Indonesia (18 April) dan mengakhiri saingan bertemu Mongolia (19 April).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024

Pemain skuad hoki ais lelaki negara bergambar bersama Mikhail (tengah) sebelum menjalani latihan bagi persiapan akhir menjelang saingan Kejohanan Hoki Ais Dunia Divisyen 4 di Kuwait. --fotoBERNAMA

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Skuad hoki ais negara tekad buru pingat sulung di Kuwait
Penolong pengurus pasukan kebangsaan Muhd Fadzli Amin Muhd Yusoff optimis sasaran itu mampu dicapai skuad kebangsaan.

Kejohanan Dunia: Malaysia dibelasah Singapura dalam perlawanan terakhir Divisyen IV
Malaysia mengakhiri kempen sulung Kejohanan Hoki Ais Dunia 2022 yang berlangsung di Bishkek, Kyrgyzstan dengan satu lagi kekalahan besar.