SHAH ALAM: Skuad badminton lelaki negara berpeluang mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022 (BATC) buat kali pertama apabila bakal membuat perhitungan dengan musuh tradisi Indonesia dalam aksi final, hari ini.
Pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia sudah pasti tidak mahu mensia-siakan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri di Pusat Konvensyen Setia City sekali gus merealisasikan impian menjulang trofi BATC 2022.
"Sudah sampai final siapa tidak mahu jadi juara, sasaran seterusnya adalah menjadi juara," katanya kepada pemberita.
Skuad lelaki negara menepati ramalan apabila mengesahkan tiket ke perlawanan akhir selepas mengecewakan Korea Selatan 3-0 dalam aksi separuh akhir.
Juara All England yang menyumbang mata pertama negara selepas menewaskan Jeon Hyeok Jin 13-21, 21-13, 21-15 berharap dapat memperkemaskan gaya permainannya termasuk mengawal angin ketika dalam gelanggang yang menjejaskan konsentrasinya selain mengurangkan kesilapan mudah dalam perlawanan petang ini.
Sementara itu, pemain beregu lelaki, Soh Wooi Yik yang kecewa dengan prestasi buruk dalam perlawanan Jumaat, mengakui melepaskan geram dengan 'membaling' jersi ke arah peminat selepas menempuh perlawanan mendebarkan bersama Aaron Chia, mengalahkan Kim Hwi Tae-Kim Jaehwan 21-14, 20-22, 21-19 semalam.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo itu tewas mengejut kepada gandingan ke-857 dunia Ayato Endo-Yuta Takei dari Jepun 21-23, 16-21 dalam aksi terakhir Kumpulan B, Jumaat.
"Semalam kalah dengan pasangan ranking lebih rendah dan saya semestinya tidak selesa dengan kekalahan itu namun saya tetap puas hati menang perlawanan ini," katanya.
Bagi Aaron pula, beliau berharap agar rakan sepasukan kekal fokus untuk menjuarai BATC 2022 memandangkan mereka mempunyai kelebihan dibarisi skuad utama berbanding Indonesia yang mempertaruhkan skuad kedua mereka dalam edisi kali ini.
Bagi seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, yang mengesahkan mata kemenangan negara selepas mengatasi Kim Joo Wan 19-21, 21-16, 21-12 pula berharap dapat menjelmakan prestasi lebih baik pada aksi terakhir.
"Bukan sahaja mesti menang (final), tapi sudah pasti kami akan bermain bersungguh-sungguh," katanya.
Sementara itu, dalam satu lagi aksi separuh akhir, Indonesia mengesahkan pertemuan dengan Malaysia pada final selepas menewaskan Singapura 3-2, untuk memburu kejuaraan keempat berturut-turut kejohanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 19 2022
Lee Zii Jia ketika beraksi menentang pasukan Singapura Loh Kean Yew pada BATC 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, 16 Feb lalu. --Gambar fail BERNAMA
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
'Prom Nite' Melly Goeslaw 31 Mei depan
Pada konsert itu nanti, beliau akan menampilkan sesuatu yang baharu serta istimewa dan pastinya tidak pernah dibawa sebelum ini.
Indonesia rancang tetapkan had umur minimum penggunaan media sosial
Indonesia merancang keluarkan peraturan bagi menetapkan umur minimum untuk pengguna media sosial dalam usaha melindungi kanak-kanak.
Indonesia cadang pengurangan tarif perdagangan kepada AS
Inisiatif ini bertujuan sebagai langkah menghadapi dasar tarif import yang dijangka akan dilaksanakan oleh Trump.
Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.