KUALA LUMPUR: Biarpun muncul antara sukan yang berjaya mencipta kejutan pada edisi lepas, skuad berbasikal MTB kebangsaan kekal merendah diri apabila menyasarkan satu pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023 yang dijadual berlangsung di Phnom Penh, Mei depan.
Pengurus pasukan Mohd Saiful Abdul Jalil berkata fokus mereka ialah mahu mengekalkan dominasi dalam acara berganti-ganti rentas desa campuran sekali gus mempertahankan emas yang dimenangi di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam tahun lepas.
Mohd Saiful berkata skuad MTB kebangsaan juga mengintai peluang untuk membawa pulang dua gangsa dengan satu daripadanya disasar dalam acara baharu yang bakal dipertandingkan.
"Bagi skuad MTB kita nak kekalkan satu emas dalam acara berganti-ganti dan dua gangsa dalam acara rentas desa lelaki ataupun wanita.
"Di Kemboja ada satu acara tambahan (iaitu) eliminator. Kita rancang untuk hantar enam atlet dalam acara itu dan cuba untuk dapatkan satu gangsa," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Prapemilihan Temasya Sukan SEA ke-32 Kemboja di Wisma OCM di sini, semalam.
Mohd Saiful berkata skuad MTB kebangsaan mempunyai perancangan untuk menjalani latihan di Vietnam pada Mac ini sebagai persediaan menghadapi cabaran di Kemboja.
Menyentuh mengenai pertandingan, beliau berkata setakat ini pasukan bercadang untuk menghantar atlet menyertai kejohanan di Turkiye bulan depan dan Piala Thai pada Mac.
Namun, menurut beliau pihaknya masih menunggu kelulusan daripada Wisma Putra dan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung kebenaran menyertai kejohanan di Turkiye.
Sementara itu, beliau berkata skuad MTB kebangsaan menghantar keseluruhan 11 nama atlet di bawah kategori A dan 23 bagi kategori B bagi Sukan SEA Kemboja pada mesyuarat hari ini, namun mengakui senarai itu boleh berubah mengikut situasi semasa.
Sebagai rekod, pingat emas berganti-ganti rentas desa campuran merupakan emas pertama Malaysia dalam sukan itu sepanjang penganjuran temasya Sukan SEA dengan pencapaian terbaik sebelum itu ialah perak pada edisi 2011 yang menjadi pingat terakhir diraih kem berbasikal MTB negara.
Kejayaan bersejarah itu hadir menerusi gandingan Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon selepas menewaskan pasukan tuan rumah dan Thailand untuk masing-masing meraih perak dan gangsa.
Nur Assyira dan Natahsya masing-masing turut menghadiahkan kem MTB negara perak dan gangsa dalam acara rentas desa wanita di Hanoi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Skuad MTB kebangsaan mempunyai perancangan untuk menjalani latihan di Vietnam pada Mac ini sebagai persediaan menghadapi cabaran di Kemboja. - Gambar fail/BERNAMA

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.

NSSU diminta beri cadangan pada sesi pascanilai Sukan SEA kemboja 2023
Wakil universiti turut diminta mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi temasya sukan itu pada masa akan datang.

Selamat tinggal Sukan SEA Kemboja 2023! Jumpa lagi di Thailand 2025
Vietnam mempertahankan gelaran juara keseluruhan carta kedudukan pingat dengan mengumpul 136 emas, 105 perak dan 118 gangsa.

Sukan SEA: Kem badminton negara gagal sumbang emas di Kemboja
Gandingan negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas akur dengan kebangkitan pasangan nombor 10 dunia, Rehan Naufaul Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati.

Sukan SEA: Tiga emas daripada skuad pencak silat negara
Kontinjen silat negara hari ini meneruskan prestasi cemerlang apabila menghadiahkan tiga butir emas pada Sukan SEA Kemboja 2023.

Sasaran Sukan SEA perlu realistik, bukan 'syok sendiri' - CDM
Sasaran pingat yang diberikan perlu berdasarkan prestasi semasa atlet, bukannya sekadar untuk memuaskan mana-mana pihak.

Jurulatih harap pemilihan atlet ke Sukan SEA berdasarkan prestasi semasa
Mogan berkata, KOM perlu memberi peluang kepada atlet yang menyerlah pada kejohanan Trek dan Padang KOM, minggu lepas.

Skuad MTB fokus pertahan emas di Kemboja
Fokus mereka ialah mahu mengekalkan dominasi dalam acara berganti-ganti rentas desa campuran.

Cheong Min buru slot Sukan SEA Kemboja 2023
Dia kini dalam persiapan mempertajam kemahiran untuk beraksi di temasya dwitahunan itu.

Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.