KUALA LUMPUR: Skuad snuker negara menerima tamparan besar menjelang Sukan SEA Vietnam hujung tahun ini apabila pusat latihan mereka di Bandar Sunway, Kuala Lumpur terpaksa ditutup.
Tindakan itu diambil ekoran kegagalan Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF) menampung kos operasi yang mencecah lebih RM30,000 sebulan.
Dalam satu temu bual Nadi Arena, Presiden MSBF, Melvin Chia berkata: "Selepas PKP (Perintah kawalan pergerakan) dan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dilanjutkan, tempat latihan ini terpaksa ditutup.
"Selepas ditutup sejak enam bulan lalu, kami tiada pendapatan dan tidak mampu membayar tunggakan sewa dan bil utiliti yang tertangguh ini.
"Kos operasi tenpat ini agak tinggi kerana berada di kawasan komersial, sewa sahaja dalam lingkungan RM15,000 dan kos lain pula dalam RM15,000 lagi.
"Kami memilih tempat ini kerana kami dapat menampungnya dengan perniagaan kami, orang-orang awam yang datang bermain di sini.
"Kami amat memerlukan satu tempat latihan untuk atlet kami berlatih dan ia amat mustahak.
"Dengan adanya pusat latihan seperti ini, kami boleh mendapatkan keputusan yang baik dalam Sukan SEA atau Sukan Asia yang akan datang," katanya.
Melvin berkata persatuan itu turut mengharapkan bantuan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dalam menangani waktu sukar itu.
"Kami sememangnya mengharapkan bantuan daripada MSN kerana kami merupakan satu sukan yang sering dipandang dengan imej buruk dan dikatakan membawa unsur yang kurang sihat tetapi pusat latihan ini sememangnya satu pusat latihan sebenar, tidak dibenarkan merokok dan meminum arak.
"Kami mencuba untuk berdikari agar kami dapat menampung program pembangunan kami dan ia amat mustahak.
"Jika kami tidak dapat menjalankan projek ini, kami terpaksa membatalkan program kami," katanya lagi.
Astro Arena
Mon Mar 29 2021
Melvin berkata persatuan itu turut mengharapkan bantuan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dalam menangani waktu sukar itu. -Gambar Astro Arena
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Padah main snuker, empat lelaki didenda RM1,500 ingkar PKP
Empat individu dikenakan kompaun RM1,500 manakala penjaga premis RM10,000 kerana ingkar SOP PKP.
Skuad snuker negara hilang pusat latihan
Tindakan itu diambil ekoran kegagalan Persekutuan Snuker dan Billiard Malaysia (MSBF) menampung kos operasi yang mencecah lebih RM30,000 sebulan.
Tertuduh hisap ganja, main snuker sebelum kebakaran tahfiz - Saksi
Saksi pembelaan ketiga berkata enam rakan termasuk tertuduh datang ke rumahnya sebelum mereka bersama-sama menaiki motosikal ke sebuah pondok di Datuk Keramat untuk menghisap ganja.
Ingkar PKPB: 42 lelaki dicekup main snuker
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, dalam serbuan jam 6 petang itu beberapa lelaki sedang leka bermain snuker manakala yang lain sedang asyik menonton.