SHAH ALAM: Indonesia mencipta satu lagi pencapaian membanggakan dalam arena badminton republik itu, apabila pasukan wanitanya ditabalkan juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 selepas menewaskan Korea Selatan 3-1, di sini hari ini.
Ini adalah kejuaraan pertama Indonesia sejak kejohanan itu bermula pada 2016, manakala Korea Selatan yang mengulangi pencapaian mereka pada edisi 2020, terpaksa berpuas hati dengan kedudukan naib johan.
Indonesia bermula cemerlang apabila Juara Remaja Dunia 2017 Gregoria Mariska Tunjung mempamerkan aksi bertaraf 'A' untuk menundukkan Sim Yujin 21-9, 21-10 hanya dalam 26 minit.
Bagaimanapun, Korea Selatan tidak berputus dan mengikat mata 1-1 menerusi beregu utama mereka Baek Ha Na-Seong Seung Yeong.
Beregu ke-14 dunia itu berjaya memenangi perlawanan dengan rubber set yang berlangsung selama satu jam lima minit, menentang Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, 21-15, 14-21, 21-14.
Dalam perlawanan ketiga, Indonesia kembali mendahului selepas Putri Kusuma Wardani mengatasi Lee Se Yeon 21-10, 21-18.
Selepas pertembungan sengit dalam set pertama, Nita Violina Marwah-Lanny Tria Mayasari menundukkan Kim Min Ji-Park Min Jeong dalam set seterusnya, sekali gus menjamin piala BATC 2022 menjadi milik Indonesia.
Nita-Lanny mencatatkan mata kemenangan untuk Indonesia selepas menewaskan Min Ji-Min Jeong, 23-21, 21-11.
Sementara itu, Nita ketika ditemui pemberita selepas perlawanan di Pusat Konvensyen Setia City, berkata beliau berasa bangga dapat memberi kejuaraan sulung dalam kejohanan tersebut kepada Indonesia, dan mendedikasikan kemenangan itu buat 'Bangsa Indonesia'.
"Kami sangat gembira dengan kemenangan ini, piala ini untuk 'Bangsa Indonesia' pastinya," katanya.
Meskipun pasukan negaranya menurunkan skuad barisan kedua pada BATC kali ini, Nita gembira berpeluang menjadi sebahagian daripada pertandingan itu, memandangkan pengalaman berharga yang diraih meningkatkan keyakinanannya untuk beraksi pada peringkat lebih tinggi.
Jurulatih pasukan beregu Indonesia Prasetyo Restu Basuki gembira melihat kejayaan anak buahnya hari ini kerana ia mengatasi sasaran awal mereka untuk mara ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022

Pasukan badminton wanita Indonesia meraikan kejayaan apabila dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 peringkat di Pusat Konvensyen Setia City hari ini. - Foto BERNAMA

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Tze Yong masih berpeluang realisasi misi Olimpik Paris andai juarai BAC 2024
Ng Tze Yong masih berpeluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 aris sekiranya berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024.

Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.

BATC: Hao Nan-Wei Han sukarkan peluang Malaysia pertahan kejuaraan
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal meraih mata pertama Malaysia selepas tewas kepada gandingan China, Xie Hao Nan dan Zeng Wei Han dalam perlawanan kedua.

Skuad wanita India juarai BATC 2024
Pasukan wanita India menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas menundukkan Thailand 3-2 pada aksi final.

BATC: Jun Hao tersungkur di tangan Hong Yang
Leong Jun Hao gagal butirkan mata pertama buat kem negara selepas akur tewas kepada perseorangan China, Weng Hong Yang.

Malaysia selangkah pertahan kejuaraan BATC selepas tewaskan Jepun
Lee Zii Jia memulakan kempen negara dengan baik apabila menyumbang mata pertama dengan mudah menewaskan Kenta Nishimoto, 21-18,21-15.

Pasukan wanita India, Thailand bertemu di final BATC 2024
Percaturan pasukan wanita India untuk mempertaruhkan pemain sensasi remaja Anmol Kharb pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 nyata berbaloi, apabila juara kebangsaan

SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.

SELBATC: Dominasi Zii Jia berikan mata pertama Malaysia
Lee Zii Jia, memberikan mata pertama buat Malaysia dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC).

Lee Zii Jia alami masalah pernafasan
Ketiadaan Lee Zii Jia dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) 2024, kerana berdepan masalah pernafasan.