KUALA LUMPUR: Malaysia mendominasi perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 dengan menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita di Dalian, wilayah Liaoning, China, hari ini.
Pasukan wanita negara berjaya merampas kembali kejuaraan dengan menumbangkan juara bertahan Hong Kong 2-0.
Ratu skuasy wanita negara N.Sivasangari memulakan rentak kemenangan Malaysia dengan menyumbang mata pertama dengan mengatasi Ho Tze Lok, dalam pertarungan lima set, menurut laman sesawang https://worldsquash.tv/sportitem/6644bb3a2573fe036b95bd57.
Pemain nombor 10 dunia dan juara Sukan Asia Hangzhou 2022, Sivasangari mencatatkan kebangkitan menakjubkan selepas ketinggalan set pertama untuk menang 3-2 (10-12, 13-11, 11-6, 10-12, 11-8).
Perseorangan kedua negara Rachel Arnold jelas meneruskan momentum kemenangan untuk mengesahkan kemenangan mutlak apabila mengecewakan Tong Tsz Wing 3-0 (11-6, 11-5, 11-8).
Kemenangan yang memberangsangkan ini mengesahkan dendam manis Malaysia terhadap Hong Kong yang telah memusnahkan harapan mereka untuk gelaran berturut-turut pada final 2022.
Jurulatih kebangsaan Shahril Shahidan memuji ketabahan Sivasangari dan menyerlahkan fokus dan ketenangan Rachel pada perlawanan akhir.
"Sivasangari mencipta kebangkitan yang baik...ia adalah perlawanan naik-turun untuknya hari ini, terutama apabila memperagakan aksi santai. Pada set terakhir, dia ketinggalan 7-2 tetapi selepas itu dia bermain dengan sangat baik.
"Rachel menampilkan aksi terbaik dan memberi tumpuan selepas mendahului 1-0. Kami tidak menjangka Tong tidak bermain dengan baik kerana mungkin tertekan untuk menang," katanya.
Sementara itu, skuad lelaki negara mencetuskan keterujaan dengan mengetepikan Hong Kong 2-1.
Pemain nombor satu negara Ng Eain Yow memulakan perlawanan akhir dengan cemerlang apabila menewaskan Lau Tsz Kwan 3-0 (11-7, 11-8, 11-8) tetapi kedudukan kemudian terikat 1-1 selepas Addeen Idrakie tewas kepada Henry Leung 1-3 (11-4, 7-11, 2-11, 7-11).
Bagaimanapun, pemain nombor 130 dunia, Ameeshenraj Chandaran muncul wira negara apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan pemain nombor 88 dunia Tang Ming Hong 3-1 (8-11, 11-8, 11-6, 11-4).
Ia merupakan gelaran kedua yang diraih skuad lelaki negara dalam tiga edisi terakhir selepas muncul juara pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024
![Skuasy: Malaysia sapu bersih gelaran juara berpasukan Asia Skuasy: Malaysia sapu bersih gelaran juara berpasukan Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718541901_tbBerpasukanAsia.jpg)
Malaysia mendominasi perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 dengan menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita di Dalian, wilayah Liaoning, China, hari ini. - Gambar Bernama
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722389167_SultanIbrahim.jpg)
Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara
Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas jasa, khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air.
![Skuasy: Malaysia sapu bersih gelaran juara berpasukan Asia Skuasy: Malaysia sapu bersih gelaran juara berpasukan Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718541901_tbBerpasukanAsia.jpg)
Skuasy: Malaysia sapu bersih gelaran juara berpasukan Asia
Malaysia mendominasi perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 dengan menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita di Dalian, wilayah Liaoning, China, hari ini.
![Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713940453_TBmangsatldmjpg.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
![Jadikan wira negara terkorban pembakar semangat - Ketua Polis Johor Jadikan wira negara terkorban pembakar semangat - Ketua Polis Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708697933_BUKITKEPONG.jpg)
Jadikan wira negara terkorban pembakar semangat - Ketua Polis Johor
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pengorbanan wira negara itu juga harus dijadikan pembakar semangat bagi rakyat negara ini dalam mempertahankan tanah air daripada pengkhianat.
![PM zahir rasa simpati atas pemergian wira negara Awang Askandar PM zahir rasa simpati atas pemergian wira negara Awang Askandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683260013_AnwarIbrahim.jpg)
PM zahir rasa simpati atas pemergian wira negara Awang Askandar
Perdana Menteri berkata pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat negara selain mengundang rasa pilu rakyat Malaysia.
![Kikis model lapuk, pemugaran sukan negara perlu disegerakan Kikis model lapuk, pemugaran sukan negara perlu disegerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683303829_TBSukansea.jpg)
Kikis model lapuk, pemugaran sukan negara perlu disegerakan
Atlet pelapis adalah bintang yang perlu digilap dan jangan dibiarkan hilang cahayanya. Kegagalan membangunkan pasukan pelapis bakal merugikan sukan negara.
![Sukan Komanwel: Suasana meriah sambut kepulangan skuad gimrama negara Sukan Komanwel: Suasana meriah sambut kepulangan skuad gimrama negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660058940_TBSQUADGIMNASTICKOMA.jpg)
Sukan Komanwel: Suasana meriah sambut kepulangan skuad gimrama negara
KLIA bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan apabila menerima ketibaan barisan atlet gimrama kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama negara di Sukan Komanwel Birmingham.
![APG: Kontinjen Malaysia terima sambutan wira APG: Kontinjen Malaysia terima sambutan wira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659908004_AtletASEANParaGa.jpg)
APG: Kontinjen Malaysia terima sambutan wira
Kepulangan kontinjen Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 dari Solo, Indonesia diberi sambutan wira sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
![Ahmad Faizal seru sektor awam dan swasta luaskan kemudahan untuk golongan OKU Ahmad Faizal seru sektor awam dan swasta luaskan kemudahan untuk golongan OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630924638_TBFAIZALAZUMUjpg.jpg)
Ahmad Faizal seru sektor awam dan swasta luaskan kemudahan untuk golongan OKU
Ketibaan tiga atlet bersama pegawai dan jurulatih mereka disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Isnin.
![Tokyo 2020: Selamat pulang Nur Dhabitah Tokyo 2020: Selamat pulang Nur Dhabitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628000372_DhabitahSabr.jpg)
Tokyo 2020: Selamat pulang Nur Dhabitah
Atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri yang meraih pencapaian terbaiknya di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selamat tiba di tanah air, petang ini.