KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mengakui sekiranya berjaya meraih gelaran Masters Malaysia 2024 hari ini, ia akan menjadi hadiah perkahwinan terbaik selepas berjaya melangkah ke perlawanan akhir kejohanan bertaraf Super 500 itu di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Pada pusingan separuh akhir semalam, beregu di ranking ke-18 dunia itu mudah menumpaskan rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 21-11, 21-19 untuk membuat perhitungan dengan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia bagi menentukan gelaran juara.
Shevon berkata kawalan emosi mantap ketika mata penting menjadi antara faktor kemenangan hari ini, selain pengalaman dimiliki mereka sebagai pasangan senior yang sudah bergandingan sejak 2016.
"Hari ini kami mengawal emosi dengan baik walaupun perjumpaan di Terbuka Switzerland 2024 (kami menang dan jadi juara) tapi ia sudah lepas dan esok walaupun rekod kami menentang lawan kami dari Indonesia adalah baik, namun esok hari baharu.
".. dan (kalau menang) trofi ini, ia akan menjadi hadiah perkahwinan berharga sebab minggu lepas kita telah tersingkir di pusingan pertama Terbuka Thailand. Jadi berada di sini sebagai tuan rumah dan memenangi pertandingan seperti berbulan madu di Axiata Arena," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Shevon merasa teruja untuk beraksi hari ini bersama suaminya selepas tidak pernah melangkah ke pentas akhir kejohanan di Malaysia.
Soon Huat-Shevon baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 4 Mei lalu.
Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, Soon Huat-Shevon pernah menewaskan pasangan Indonesia itu sebanyak lima kali iaitu di Terbuka Singapura 2018, Terbuka Fuzhou China 2019, Terbuka Singapura 2019, Kejohanan Badminton Asia Dubai 2023 dan Terbuka Hong Kong 2023.
Sementara itu, seramai 27 pelajar termasuk 18 daripada Program Pembangunan Bakat Badminton (BTDP), iaitu program usaha sama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Perodua hadir memberi sokongan buat pemain-pemain Malaysia yang berentap di Masters Malaysia 2024.
Program BTDP diperkenalkan pada 2018 bertujuan untuk mencungkil bakat di kalangan murid di peringkat sekolah rendah dengan misi supaya mereka dapat mewakili negara suatu hari nanti.
Ketika ini BTDP mempunyai 140 jurulatih yang telah melatih seramai 2,800 murid-murid sekolah rendah di 70 pusat pembangunan badminton yang dikenal pasti di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024
Soon Huat-Shevon ketika menentang rakan senegara Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei pada pusingan separuh akhir perlawanan Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, 25 Mei 2024. --fotoBERNAMA
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga dan keempat dunia.
Gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia milik Won Ho-Seung Jae
Won Ho-Seung Jae muncul juara baharu dengan kemenangan 21-12, 21-12 dalam perlawanan selama 64 minit.
Mental belum cukup kuat punca Tang Jie-Ee Wei tersingkir - Nova
Katanya, jika mahu pergi lebih jauh, mereka perlu segera atasi masalah berkenaan terutama ketika berdepan beregu campuran handalan dunia.
BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.
Yew Sin-Ee Yi masih mahu rebut tempat di Olimpik
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memberi bayangan akan meneruskan aksi di pentas antarabangsa dengan meletakkan sasaran layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
Sze Fei-Nur Izzuddin kini ranking kedua dunia, beregu lelaki nombor satu negara
Finalis Badminton Final Jelajah Dunia BWF musim lalu itu memperbaharui ranking terkini apabila melonjak ke tempat kedua dunia.
Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.
Terbuka Malaysia: Kebangkitan menakjubkan bawa Ee Yi-Yew Sin ke pusingan kedua
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bangkit selepas permulaan yang sukar untuk mengejutkan pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
[TERKINI] Petronas Terbuka Malaysia: Bumbung Axiata Arena bocor, aksi dihentikan ekoran air hujan
Hari pertama saingan Petronas Terbuka Malaysia diselubungi situasi di luar jangkaan apabila bumbung Axiata Arena dipercayai bocor dan terpaksa menghentikan seketika perlawanan badminton.