ROME: Luciano Spalletti telah bersetuju untuk mengambil alih jawatan ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Itali umum FIGC, badan induk bola sepak negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.
Spalletti, 64, mempunyai pengalaman kejurulatihan yang hebat, pernah mengetuai Udinese, Roma, Zenit Saint Petersburg, Inter Milan dan membimbing Napoli untuk memenangi gelaran Serie A pertama mereka dalam tempoh 33 tahun musim lalu.
Bagaimanapun jurulatih berasal dari Tuscan itu masih perlu memutuskan sama ada untuk berpisah dengan kelab itu selepas kejayaan tersebut.
"Kami mengalu-alukan Spalletti," kata presiden FIGC Gabriele Gravina. "Pasukan kebangsaan memerlukan jurulatih yang hebat dan saya sangat gembira kerana beliau telah menerima tawaran menerajui Azzurri. Semangat dan kepakarannya akan menjadi asas untuk cabaran yang menanti Itali dalam beberapa bulan akan datang."
Spalletti menggantikan Roberto Mancini yang meletak jawatan secara mengejut pada Ahad lalu.
Beliau yang menandatangani kontrak sehingga 2026, akan memulakan tugasnya mulai 1 September. Spalletti akan diperkenalkan secara rasmi di pusat latihan kebangsaan di Coverciano pada awal September sebelum aksi kelayakan Euro 2024 menentang Macedonia Utara dan Ukraine.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Spalletti bagaimanapun masih perlu memutuskan sama ada untuk berpisah dengan kelab itu selepas kejayaan tersebut. - Gambar fail/AP
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

EURO 2024: Itali tekad bangkit daripada aksi berkarat
Luciano Spalletti sasar untuk mengembalikan Itali ke tahap terbaik ketika menghadapi ujian Croatia.

Euro 2024: Itali kena lebih agresif depan gawang - Spalleti
Itali beroleh beberapa peluang untuk menghukum pasukan lawan dan gagal menterjemahkannya.

Spalletti dilantik ketua jurulatih Itali yang baharu
Luciano Spalletti telah bersetuju untuk mengambil alih jawatan ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Itali.

Luciano Spalletti sah tinggalkan Napoli musim ini
"Saya perlu mengambil cuti setahun. Saya agak letih dan saya mahu bersama anak perempuan saya Matilde" - Spalletti

Inter hadapi Tottenham tanpa ketakutan, kata Keita
Pengendali Inter, Luciano Spalletti, merehatkan beberapa pemain utama dan memberikan peluang buat Keita membuktikan keupayaannya dengan dua gol dan satu lagi daripada Lautaro Martinez.

Inter batal niat berbelanja mewah
Inter menerajui Serie A selepas permulaan cemerlang dengan 16 perlawanan tanpa kalah musim ini, namun kedudukan mereka mulai tergelincir di belakang Napoli dan Juventus.