KUALA LUMPUR: Permulaan satu era dan harapan baharu untuk Sepang Racing Team (SRT) dalam perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) apabila pasukan itu kini dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing.
Mengikut satu laporan dalam motogp.com, RNF MotoGP Racing akan berlumba sebagai satu pasukan 'independent' (bebas) dalam kelas MotoGP bermula 2022 sehingga sekurang-kurangnya 2026, dengan Datuk Razlan Razali kekal sebagai prinsipal pasukan, dengan pasukan itu terus berusaha untuk mencapai kejayaan lebih baik.
Razlan berkata, pasukan yang dijenamakan semula itu akan meneruskan rangka tindakan yang telah terbukti berjaya sebelum ini dan harapan sudah semestinya tinggi dan mereka akan terus bekerja keras untuk mencapai sasaran.
"Ia satu perjalanan yang bergelora untuk kami. Dalam tempoh beberapa bulan ini, kami telah melakukan usaha untuk set semula, menjenamakan semula dan melancarkan semula sebagai satu pasukan MotoGP yang segar dan lebih kuat.
"Berbekalkan dengan pengalaman yang kami ada dan pelbagai kejayaan pada masa lalu, kami teruja untuk menyertai musim 2022 dengan penyertaan satu pasukan yang lebih kuat," katanya.
Dalam masa sama, Razlan turut mengambil peluang untuk berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports Carmelo Ezpeleta (pemegang hak eksklusif pengiklanan dan penyiaran televisyen MotoGP) atas kepercayaan dan keyakinan berterusannya kepadanya, untuk memulakan bahagian kedua ini dengan sebuah pasukan baharu yang dibina semula, untuk bertanding dalam kelas premier MotoGP untuk tempoh lima tahun akan datang.
Sementara itu Carmelo menggambarkan Razlan sebagai seorang yang amat meminati projek itu dengan mendalam dan percaya kejayaan yang baik akan dihasilkan oleh pasukan baharu itu untuk musim akan datang dan seterusnya.
"Razlan telah menjadi satu aset yang penting untuk keluarga MotoGP sejak beliau bermula di Sepang, dan telah membantu meningkatkan sukan itu di Malaysia dan juga rantau Asia Tenggara secara amnya," katanya.
Penjenamaan semula itu berlaku berikutan perpisahan antara Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan SRT bulan lepas, selepas litar itu dan Petronas membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama mereka berkaitan nama Petronas SRT dalam Kejuaraan MotoGP Dunia pada penghujung musim 2021.
Pemisahan antara kedua pihak itu membuka peluang untuk SRT menjalani proses penjenamaan semula.
Menerusi kerjasama mereka, pasukan itu mencatatkan kejayaan membanggakan dalam Kelas Premier pada musim pertama mereka 2019, dengan memenangi kedudukan sebagai Pasukan Bebas Terbaik (Top Independent Team) dan menamatkan pada kedudukan keempat Kejuaraan MotoGP Dunia.
Pada musim 2020 yang dilanda pandemik, pasukan itu mencatatkan enam kemenangan untuk menduduki tempat kedua Kejuaraan Dunia dan sekali lagi gelaran Pasukan Bebas Terbaik, manakala Franco Morbidelli menduduki tempat kedua keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 18 2021

Razlan (kanan) turut berterima kasih kepada Carmelo (kiri) atas kepercayaan dan keyakinan berterusannya kepadanya. - Foto motogp.com

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.
Zahid yakin SPRM, belum sempat ziarah Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dan berlaku adil ke atas empat pegawai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
[Data & Statistik] Indeks Persepsi Rasuah 2024
Ikuti ulasan Irfan Faruqi berkenaan dengan Indeks Persepsi Rasuah 2024.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

SRT kini RNF MotoGP Racing
RNF MotoGP Racing akan berlumba sebagai satu pasukan 'independent' (bebas) dalam kelas MotoGP bermula 2022.