KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil di Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) bakal dinaik taraf dengan menggantikan rumput baharu tidak lama lagi, kata Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Tan Sri Tony Fernandes.
Beliau berkata cadangan yang mendapat persetujuan daripada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican baru-baru ini akan melibatkan kos RM10 juta.
Projek berkenaan merangkumi penyelenggaraan padang, sistem pengudaraan, sistem saliran, pencahayaan buatan serta latihan kepada penyelia rumput dalam usaha memastikan stadium memiliki padang bertaraf antarabangsa.
"Saya harap projek ini akan bermula dalam tempoh tiga bulan dan saya percaya ia akan mengambil masa lebih kurang lapan ke sembilan bulan untuk siap sepenuhnya," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Tony hadir pada Majlis Menandatangani Lanjutan Perjanjian antara PSM dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk Stadium Nasional terus menjadi gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya hingga 31 Dis 2025.
Hadir sama Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dan dua timbalan presiden Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S.Sivasundaram.
"Kami menyasarkan untuk menjadikan padang di sini sentiasa diingati, terutama kepada pasukan lawan ketika menentang skuad Harimau Malaya pada masa depan," menurut Tony.
Sementara itu, Sivasundaram berkata FAM menyambut baik lanjutan perjanjian selama lima tahun yang membolehkan pihaknya melaksanakan pelbagai aktiviti atau program selaras dengan status stadium sebagai "Rumah Harimau Malaya'.
Kali terakhir skuad negara kendalian Tan Cheng Hoe beraksi di Stadium Nasional ialah pada 19 Nov 2019 ketika menewaskan Indonesia 2-0 pada perlawanan kelima Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebelum aksi berikutnya ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 16 2021

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal dinaik taraf dengan penggantian rumput baharu. -Gambar fail
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.
Kaji kesan jangka panjang larangan kenderaan berat di lebuh raya
Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM, Prof Madya Dr Law Teik Hua berkata, ia penting dalam melihat kesan kepada aliran trafik dan kesesakan di kawasan lain seperti jalan lama.
Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan KP (Pencegahan) baharu
Pengarah Kanan Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Mahkamah Rayuan Singapura benarkan penangguhan pelaksanaan hukuman Pannir Selvam
Mahkamah Rayuan Singapura pada Rabu membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap banduan Malaysia yang dijatuhi hukuman mati, Pannir Selvam Pranthaman.
PDRM terima 482 laporan, libatkan 628 rakyat Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 482 laporan setakat 17 Jan lepas membabitkan sebanyak 628 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa berkaitan sindiket penipuan tawaran pekerjaan atau job scam.
[TERKINI] Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Februari 2025.

CEO FAM: Tokoh korporat paling layak, Tony Fernandes calon sesuai - Penganalisis
Tokoh korporat dilihat sebagai individu paling layak untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

Tony Fernandes terima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah
AirAsia berkata pengiktirafan ini menghargai dedikasi Fernandes terhadap sektor pelancongan negeri sejak dua dekad lepas.

Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.

Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).

Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara
Thailand merancang menambah penerbangan keluar dan masuk yang menghubungkan bandar utama dan bandar lain bagi merangsang ekonomi.

Capital A cadang lupus perniagaan penerbangan kepada AirAsia X
Tony Fernandes berkata langkah strategik itu bertujuan memperkemas operasi kumpulan itu dan memudahkan penilaian berteraskan perniagaan.