KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kekal komited untuk mengutamakan kesejahteraan dan pembangunan atlet Malaysia dengan menyediakan persekitaran terbaik untuk mereka cemerlang dan mengharumkan nama negara pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
MOM dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa mereka komited untuk mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua operasinya dan menekankan perancangan semua perbelanjaan dengan teliti demi kejayaan atlet Malaysia.
Menurut kenyataan itu pakaian rasmi dan beg yang menjadi perhatian, ditaja sepenuhnya oleh rakan kongsi MOM iaitu Yonex Sunrise Malaysia dan Samsonite Malaysia, bagi memastikan tiada penambahan perbelanjaan kepada MOM dan atlet.
"Sebagai pengurus Sukan Olimpik di Malaysia, MOM diberi mandat oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk memastikan atlet kita mendapat sokongan menyeluruh. Ini termasuk jurulatih, pakar teknikal dan pelbagai perkhidmatan penting untuk mengoptimumkan prestasi.
"Dana disediakan sebahagiannya oleh badan-badan IOC, seperti Olimpic Solidarity dan tajaan rakan kerjasama Olimpik IOC (TOP), bersama-sama sumbangan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN)," kata kenyataan itu sebagai respons kepada perbincangan dan kebimbangan orang ramai mengenai kontinjen Malaysia di Paris.
Sementara itu, MOM menjelaskan bahawa Sukan Paralimpik terletak di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), bukan IOC atau MOM, dengan pemilihan dan penyertaannya mengikut garis panduan dan protokol berasingan yang ditetapkan oleh IPC.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa Kontinjen Malaysia yang akan ke Paris 2024 terdiri daripada 26 atlet dan 40 pegawai, termasuk 15 pakar teknikal, 11 kru perkhidmatan sokongan, sembilan pengurusan dan sekretariat dan lima pengurus pasukan, dengan setiap peranan penting dalam memastikan atlet kita menerima sokongan yang mereka perlukan.
Berikut senarai Kontinjen Malaysia ke Paris:
Pakar Teknikal
Kontinjen termasuk 15 jurulatih dan pengarah teknikal dari pelbagai sukan, bertanggungjawab untuk latihan, perancangan strategi dan pengoptimum prestasi:
1. Lee Jae Hyung (memanah) pengarah kejurulatihan
2. Norizham Ishak (memanah)
3. Robert Ballard OLY (olahraga) pengarah teknikal
4. Nor Aznizal Najib (akuatik - terjun)
5. Eric Anderson (akuatik - renang)
6. Rexy Mainaky OLY (badminton) pengarah teknikal
7. Tan Bin Shen (badminton)
8. Nova Widianto (badminton)
9. Hoon Thien How (badminton)
10. Wong Tat Meng (badminton)
11. Amir Mustafa Rusli OLY (berbasikal - lebuh raya)
12. John Beasley (berbasikal - trek)
13. Asri Azman (pelayaran)
14. Mohamad Firdaus Abd Rahim (menembak)
15. Edmund Yeo Thian Chuan (angkat berat)
Kru Perkhidmatan Sokongan:
Pasukan ini termasuk profesional perubatan, ahli fisioterapi, tukang urut, jurulatih strength dan conditioning, pegawai kesihatan mental, mekanik dan penganalisis prestasi, yang penting dalam mengekalkan kesejahteraan fizikal dan mental atlit serta memastikan prestasi terbaik:
1. Dr. Jasmiza Khuzairi Jasme (ketua pegawai perubatan)
2. Nurdiasafra Hassan (fisioterapi)
3. Chin Chee Yong (fisioterapi)
4. Sebah Kari (tukang urut)
5. Muhamad Shafiq Amran (jurulatih strength dan conditioning)
6. Lim Jin Xuan (pegawai kesihatan mental)
7. Harnizam Basri (mekanik - berbasikal trek)
8. Mollynica Juanis (tukang urut )
9. Chee Lee Ming (juruanalisis prestasi)
10. Luke Henry Swemmer (kedi - golf)
11. Joshua Xihua Song (kedi - golf)
Pengurusan dan Urusetia:
Sekumpulan sembilan pegawai yang diketuai Chef de Mission Datuk Hamidin Mohd Amin dan dibantu Timbalan Chef de Mission Datuk Nicol Ann David, menguruskan pendaftaran atlet dan pegawai, logistik, perhubungan media, elemen keselamatan dan penyelarasan dengan MSN dan ISN.
Selain Hamidin dan Nicol, pegawai lain ialah :
1. Almas Afrida Ramli (ketua sekteriat - MOM)
2. Izzat Danial Su Azlan Su (MOM)
3. Ang Li Peng (pegawai keselamatan - MOM)
4. Megat Ahmad Kushairy Abdul Aziz (MSN)
5. Mohamad Fawwaz Jamal (ISN)
6. Mohd Faizal Mohd Yusop (MOM)
7. Muhammad Rizal Hashim (atase media -MOM )
Pengurus Pasukan:
5 pengurus pasukan yang mengiringi atlet masing-masing yang menjaga keperluan dan korodinasi:
1. Dato' Teoh Teng Chor (badminton)
2. Norazman Abu Samah (berbasikal - lebuh raya)
3. Mohd Izham Mohamad (berbasikal - trek)
4. Teoh Piek Kee (golf)
5. Amirul Hamizan Ibrahim OLY (angkat berat)
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024

Kontinjen Malaysia yang akan ke Paris 2024 terdiri daripada 26 atlet dan 40 pegawai, termasuk 15 pakar teknikal, 11 kru perkhidmatan sokongan, sembilan pengurusan dan sekretariat dan lima pengurus pasukan.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.

'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.

Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.

Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.