BEKAS perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, menuntut prospek baru badminton negara, Lee Zii Jia, melunaskan dendam kekalahannya kepada penyandang pingat emas Sukan Olimpik, Chen Long, seandainya mereka bertemu dalam pusingan 16 terbaik kelak.
Lebih menarik, Chong Wei sendiri mendapatkan maklumat daripada "orang dalam" kem China tatkala kelibat Chen Long dianggap misteri kerana sudah setahun setengah tidak muncul dalam sebarang pertandingan antarabangsa.
Jaguh Siri Super itu -- yang dikecewakan oleh lawan sama dalam penentuan kejuaraan lima tahun berlalu -- secara peribadi membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya sendiri, Li Mao, yang kini menjadi barisan kem China.
Berdasarkan ramalan dalam acara perseorangan, Zii Jia dijangka tiada menghadapi masalah untuk melepasi Kumpulan M, sementara Chen Long dijangka akan turut menjuarai Kumpulan N untuk mereka mengadakan pertemuan di peringkat awal kalah mati.
BACA: Olimpik Tokyo: Lee Zii Jia jumpa Chen Long dalam pusingan awal kalah mati
BACA: Chong Wei sah tidak ke Olimpik Tokyo - Reezal Merican
Prestasi pemain China itu dianggap misteri kerana sejak kali terakhir Zii Jia menundukkannya dalam separuh suku akhir Seluruh England 2020, dia langsung tidak menyertai sebarang kejohanan antarabangsa.
Sebaliknya, kelibatnya hanya dikesan ketika beraksi dalam acara tempatan, Kejohanan Kebangsaan China, April lalu.
"Daripada segi kepantasan dan kekuatan, dia (Chen Long) kalah kepada Zii Jia.
"(Hasil pertemuan mereka) bergantung kepada (sejauh mana) taktikal mereka dalam pertarungan hari itu.
"Sudah setahun lebih saya tidak tengok Cheng Long beraksi. Melalui satu kejohanan tempatan terakhir yang disertainya sebelum ini, saya lihat permainannya tidak lagi seperti dulu, taktikalnya amat berbeza, mungkin kemahirannya lebih banyak meningkat.
"Saya sering bercakap dengan Li Mao berhubung program (yang dilaksanakan) di China," kata Chong Wei dalam perkongsiannya bersama wartawan Astro Arena, Adam Zamri, pada Isnin.
Astro Arena
Mon Jul 12 2021

Berdasarkan ramalan, Zii Jia dijangka tiada masalah melepasi Kumpulan M, sementara Chen Long dijangka menjuarai Kumpulan N untuk mereka bertemu di peringkat awal kalah mati. - Astro ARENA
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Kejohanan Pencak Silat Dunia bermula di Abu Dhabi
Kejohanan Pencak Silat Dunia edisi ke-20 dan Kejohanan Pencak Silat Dunia Remaja ke-5, bermula pada Rabu di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC).

Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.

Wanita mampu tonjol kebolehan dengan anjurkan aktiviti sukan - Nancy
Nancy Shukri berkata dengan pembudayaan sukan juga boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental masyarakat.

Suri teladan penting dalam membentuk atlet, pemimpin sukan wanita berjaya - Sharon
Ia mampu menjadi pendorong kepada kelahiran lebih ramai atlet dan pemimpin sukan wanita berjaya.

Sokong anak ceburi sukan tanpa menekan - Ibu bapa Nicol
Desmond berkongsi bahawa beliau dan isteri tidak pernah menekan Nicol untuk menyertai sukan secara serius atau untuk menjadi juara.

"Adik minat e-sports? Fokus sekolah dahulu" - Ikon e-sukan, Daddyhood
Golongan remaja atau kanak-kanak yang mempunyai minat dalam e-sukan perlu menjadikan pendidikan sebagai asas utama dalam pembentukan kerjaya.

Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf
Penganjuran sukan dapat memperkukuh kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan, kata Ketua Menteri Melaka.

Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.

Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.