KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yakin Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan segera membawa ke Kabinet berhubung kesediaan Sarawak untuk menjadi hos bersama bagi penganjuran Sukan SEA 2027.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata langkah itu sekali gus dapat memastikan gerak kerja awal penganjuran temasya dwitahunan berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.
"Selepas kerajaan menolak penganjuran Sukan Komanwel, selaku Presiden MOM saya individu pertama melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bagi berbincang mengenai perkara itu (Sukan SEA 2027).
"Kita dah dapat komitmen dari Sarawak dan mereka sanggup berkongsi setengah daripada perbelanjaan yang dianggarkan antara RM700 juta hingga RM750 juta serta mungkin syarat-syarat telah diperjelas oleh Premier (Abang Johari) sendiri dan saya rasa ini petanda baik. Saya yakin KBS akan segera bawa perkara ini ke peringkat Kabinet bagi mendapatkan kelulusan," katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Sambutan Hari Olimpik di sini hari ini.
Sarawak menyatakan bersedia menjadi hos bersama untuk penganjuran Sukan SEA 2027 selain mencadangkan agar acara perasmian temasya sukan itu diadakan di Bumi Kenyalang.
Abang Johari berkata Sarawak juga bersedia untuk berkongsi kos penganjuran Sukan SEA 2027 bersama kerajaan Persekutuan.
Sebelum ini dilaporkan, KBS sedang meneliti impak penganjuran Sukan SEA 2027 dan akan membentangkan keputusannya kepada Kabinet bulan depan, selepas Ahli Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Mei 2022 sebulat suara bersetuju memberikan hak penganjuran kepada Malaysia.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu sebanyak enam kali iaitu pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017, dan kesemuanya berlangsung di Lembah Klang.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza berkata MOM belum membuat sebarang keputusan mengenai atlet yang bakal menggalas tugas selaku pembawa bendera pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.
Terdahulu, pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris diperkenalkan sempena sambutan penutup Hari Olimpik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Mohamad Norza berkata, langkah itu sekali gus dapat memastikan gerak kerja awal penganjuran temasya dwitahunan berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin. - Bernama

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Sukan SEA 2025: Penganjur tambah jumlah acara di luar jangkaan - MOM
Sukan SEA 2025 di Thailand berpotensi menjadi edisi yang menawarkan jumlah pingat emas terbanyak, dengan 585 acara dijangka dipertandingkan dari 9 hingga 20 Dis di Bangkok, Chonburi, dan Songkhla.

MOM harap pindah ke bangunan baharu menjelang Sukan SEA 2027 - Nazifuddin
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berharap dapat beroperasi dari bangunan baharu dikenali sebagai Olympic House Malaysia, menjelang Sukan SEA 2027 yang bakal dianjurkan Malaysia.

MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.

Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.

Glasgow 2026: MOM akur sukan prospek pingat digugurkan
Mohd Nazifuddin berkata langkah yang dibuat tuan rumah itu tidak dapat dielakkan selepas Victoria, Australia menarik diri tahun lepas.

MOM cadang sistem baharu pemilihan atlet ke Sukan SEA 2025
Sistem itu bakal menyaksikan hanya atlet yang benar-benar terbaik, akan disenaraikan pada temasya dwitahunan berkenaan.

MOM biayai sendiri kos delegasi ke Olimpik Paris 2024 - MSN
MSN turut menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM pula ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.

Norza guna dana sendiri bawa keluarga ke Olimpik Paris 2024 - MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria tidak menggunakan dana kerajaan untuk perjalanan keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Kem badminton tahu apa yang diharapkan di Paris - Rexy
Kem badminton negara tahu apa yang diharapkan oleh pemegang taruh dan rakyat pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini, iaitu kilauan pingat emas.

Sukan SEA 2027: MOM percaya KBS segera ambil langkah wajar pendirian Sarawak
Langkah itu sekali gus dapat memastikan gerak kerja awal penganjuran temasya dwitahunan berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.