HANOI: Pesanan daripada bapa, Rakib Ahmad supaya memberi fokus sepenuhnya terhadap pertarungan, menjadi azimat buat Ahmad Nor Iman Aliff Rakib untuk melakar kejutan meraih emas acara Muay Thai, pada Sukan SEA Ke-31 di sini.
Atlet berusia 18 tahun itu berkata bapanya, yang merupakan peninju negara era-90, berpesan supaya tidak gentar berdepan peserta Vietnam Huynh Hoang Phi dan sorakan penyokong tuan rumah, apabila turun di gelanggang pada aksi final kategori elit bawah 54 kilogram lelaki pada Ahad.
"Sebelum pertarungan, rasa sedikit tertekan sebab lawan dengan peserta tuan rumah, tetapi apabila di gelanggang, perasaan itu mula hilang. Saya gembira dapat menang pingat emas.
"Bapa juga pesan, jangan fikir (lawan peserta Vietnam dan sorakan penyokong tuan rumah), tumpu pada pertarungan sahaja," kata juara dunia remaja 2021 itu yang membuat penampilan sulung pada temasya sukan dwitahunan tersebut.
Atlet muda negara itu yang memiliki ketinggian, menampilkan aksi bertenaga untuk meraih kemenangan 30-27 (10-9,10-9,10-9) dalam pertarungan tiga pusingan pada Ahad.
Kejayaan Ahmad Nor Iman Aliff itu, sekali gus menyaksikan beliau menyumbang pingat emas ke-39 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.
Pingat gangsa acara itu milik peserta Filipina Ariel Lee Lampacan dan Sakchai Chamchit dari Thailand.
Untuk rekod, Rakib merangkul pingat gangsa kategori 58kg pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, melengkapkan kejayaan Sapok Biki yang meraih emas kategori 48kg dalam temasya tersebut.
Beliau kemudian bersara dan fokus terhadap perniagaan menjual peralatan sukan seni mempertahankan diri di Rantau Panjang, Kelantan.
Sementara itu, atlet Muay Thai wanita negara Nur Amisha Azrilrizal terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, apabila terpaksa akur 27-30 di tangan peserta Thailand Srila Oo Wansawang pada final kategori wanita elit bawah 51kg.
Pingat gangsa acara berkenaan diraih peserta Kemboja Soeng Moeuy dan Thi Phuong Thuy Trieu dari Vietnam.
Presiden Persatuan Muaythai Malaysia Datuk Muhammad Shahnaz Maula Azmi bangga dengan semangat ditampilkan Ahmad Nor Iman Aliff dan mencipta kejutan meraih emas sedangkan beliau belum pulih sepenuhnya daripada patah tulang rusuk ketika menyertai kejohanan di Bangkok, Mac lepas.
"Doktor nasihatkan dia (Ahmad Nor Iman Aliff) berehat untuk pulih sepenuhnya, tetapi dia nak juga sertai Sukan SEA. Saya bangga dengan kejayaan beliau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022
![Sukan SEA Hanoi: Pesanan bapa jadi azimat Ahmad Nor Iman Aliff Sukan SEA Hanoi: Pesanan bapa jadi azimat Ahmad Nor Iman Aliff](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653241541_AtletMuayThainega.jpg)
Ahmad Nor Iman Aliff berkata, bapanya berpesan supaya tidak gentar berdepan peserta Vietnam Huynh Hoang Phi dan sorakan penyokong tuan rumah. - Foto BERNAMA
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738733020_HannahYeoh.jpg)
Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).
![Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025 Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684792596_KhairulHafizJantan.jpg)
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
![Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025 Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736730509_DrHishammuddinZaiz.jpg)
Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.
![PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28 PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735466647_nationalwallclimbi.jpg)
PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
![Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025 Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721029880_TBNurulIzzahIzzati.jpg)
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
![Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734088286_TBMegatZulkarnain.jpg)
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
![Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024 Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732885771_AaronChia.jpg)
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
![ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726672677_AbdulHalimKader.jpg)
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
![PSM setia dengan Ahmad Jais PSM setia dengan Ahmad Jais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707194286_MohdSumaliReduan.jpg)
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
![Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025 Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731054095_razkalspadang.jpg)
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.