KUALA LUMPUR: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) meletakkan sasaran dua emas kepada pesilat negara yang akan bersaing dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja bulan depan.
Presiden Pesaka Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata pihaknya meletakkan sasaran rendah pada temasya sukan dwitahunan itu memandangkan 75 peratus daripada keseluruhan 22 pesilat negara yang dipertaruh kali ini adalah muka baharu.
Beliau berkata pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran spesifik berhubung acara yang mempunyai peluang cerah untuk menjelmakan pingat emas buat negara di Kemboja memandangkan kesemua pesilat tidak kira yang lama mahupun baharu berpotensi melakar pencapaian membanggakan buat Malaysia.
"Saya lebih bersikap terbuka semua atlet ada peluang untuk menyumbang kerana tak mahu atlet muda ini terbeban, kalau dulu ada Mohd Al-Jufferi Jamari mesti dia sumbang emas.
"Bagaimanapun, saya tak mahu beri tekanan kepada atlet muda kerana mereka belum biasa tapi saya percaya mereka mampu apatah lagi pasukan kita sekarang ini dikendalikan bekas pesilat negara seperti Mohd Fauzi Khalid dan Siti Rahmah Mohamed Nasir," katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Ramadan dan Sumbangan Aidilfitri Pesaka di sini pada Khamis.
Megat Zulkarnain juga berkata Pesaka mengambil langkah berhati-hati dalam menetapkan sasaran pingat selepas mengambil iktibar daripada pengalaman pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam yang menyaksikan mereka hanya membawa pulang dua emas berbanding tiga disasarkan.
"Di Vietnam, ada beberapa insiden tidak dijangka seperti Mohd Al-Jufferi kalah di peringkat separuh akhir kerana kecederaan dan kita hilang satu emas, jadi kita ambil kira pengalaman dan berhati-hati dalam umumkan sasaran," katanya.
Kem silat negara dijangka menyertai 17 daripada keseluruhan 22 acara yang dipertanding di Pusat Konvensyen Chroy Changvar pada Sukan SEA kali ini.
Sukan SEA 2023 akan dibuka secara rasmi pada 5 Mei ini dan berakhir pada 17 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023

Kem silat negara dijangka menyertai 17 daripada keseluruhan 22 acara yang dipertanding di Pusat Konvensyen Chroy Changvar. - Gambar hiasan

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Peluang pencak silat dipertandingkan dalam Sukan Asia cerah - Pesaka
Peluang sukan pencak silat dipertandingkan semula dalam Sukan Asia Aichi - Nagoya 2026 dilihat cerah.

Sukan SEA: Keputusan berani Pesaka buahkan hasil
Keputusan berani diambil skuad silat negara dengan mempertaruhkan majoriti muka baharu pada Sukan SEA 2023 adalah langkah tepat.

Sukan SEA: Pesaka sasar dua emas daripada pesilat negara di Kemboja
Kem silat negara dijangka menyertai 17 daripada keseluruhan 22 acara yang dipertanding di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.

Pesaka azam pertahan hak penganjuran kejuaraan dunia
Pesaka mahu mempertahankan hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah dan penganjur Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2020 tatkala terdapat desakan supaya ia dibatalkan.

Malaysia raih empat emas Kejuaraan Pencak Silat Asia di China
Skuad pencak silat negara menutup musim 2019 dengan catatan cemerlang selepas merangkul empat pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa pada edisi kelima Kejuaraan Pencak Silat Asia yang berakhir di Y

Kalau terus begini, sukan silat tidak akan ke mana - Pesaka
Permasalahan lama, mutu pengadilan, perlu diselesaikan dengan muktamad dengan melihat semula dan menggubal undang-undang berkaitan sukan silat di peringkat antarabangsa.

Kembangkan silat ke persada antarbangsa - Ali Rustam
Tan Sri Mohd Ali Rustam menggesa persatuan-persatuan silat supaya mengembangkan seni mempertahankan diri tersebut ke persada antarbangsa.

Sukan SEA: 'Jika nak menang, menanglah secara jantan' - Megat Zulkarnain
Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Megat Zulkarnain Omardin berang dan tidak berpuas hati dengan keputusan berat sebelah ketua pengadil di Sukan SEA, Singapura.
Silat Malaysia mampu pertahan gelaran
Persatuan Seni Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) meletakkan sasaran untuk meraih kejuaraan keseluruhan, pada kejohanan silat terbuka belgium, dari satu hingga lapan Mei depan.