KUALA LUMPUR: Sukan seni bela diri campuran (MMA) Malaysia akan berusaha melakar kejayaan melalui strategi yang disusun dalam memperkukuhkan sukan itu, tahun depan.
Bagi mencapai matlamat itu, Presiden Persatuan Seni Bela Diri Campuran Malaysia (MASMMAA) Rashid Salleh berkata persatuan akan memberi tumpuan khusus dalam pembangunan di peringkat akar umbi dan atlet arena amatur MMA serta mengalakkan penyertaan wanita dalam sukan seni bela diri itu.
"Tiada acara besar yang disusun tahun ini kerana kita merancang untuk bergabung dan mengatur suatu program pada tahun 2022. Sebaik rentas negeri dibenarkan, kita akan meneruskan usaha untuk memajukan aspek kejurulatihan tempatan MMA.
"Ini akan menjadi sebahagian daripada usaha kami selain mengundang Pengarah Pembangunan Persekutuan Seni Bela Diri Campuran Antarabangsa (IMMAF) Andrew Moshanov untuk mengendalikan kursus," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dalam arena amatur MMA, atlet kebangsaan seperti Colleen Augustin dan Theeban Govindasamyle akan menjadi antara fokus utama persatuan kerana kedua-dua atlet ini mempunyai peluang meraih pingat.
"Dalam arena profesional MMA, atlet ONE Championship seperti Agilan Thani, Jihin Radzuan dan Keanu Subba, semuanya semakin popular di peringkat antarabangsa. Ketiga-tiga mereka beraksi di Singapura tahun lepas meskipun berdepan pandemik COVID-19," katanya.
"Jihin memperoleh kemenangan memberangsangkan menewaskan bintang Amerika-Vietnam, Bi Nguyen, sekali gus membantu meningkatkan profilnya dalam kancah wanita MMA global. Agilan pula, walaupun kalah, telah mempamerkan peningkatan aksi yang memberangsangkan dalam pertandingan itu ketika berdepan peninju dari Amerika Syarikat Tyler McGuire.
"Kita berharap apabila keadaan kembali normal, kita dapat menyaksikan lebih banyak perlawanan mempamerkan aksi hebat bakat anak-anak tempatan ini," kata Rashid.
Beliau berkata MASMMAA juyga berharap, peminat dapat mengikuti kembali acara sukan itu apabila wabak itu dapat ditangani dan berikrar akan memastikan perlawanan dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan pihak berkuasa termasuk oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Keselamatan Negara.
Sementara itu, Presiden ONE Championship Group Teh Hua Fung mengakui potensi Malaysia dalam pengembangan atlet profesional MMA dan melahirkan harapan masa depan yang kompetitif untuk sukan itu di negara ini.
"Sejak beberapa tahun ini, ONE Championship telah menganjurkan pelbagai acara di Malaysia dan kita mempunyai ramai bakat MMA yang hebat dari Malaysia seperti Agilan, Jihin dan Keanu. Setelah keadaan kesihatan pulih dan tiada lagi sekatan perjalanan, pastinya kejohanan ini akan kembali ke Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 11 2021
![Sukan seni bela diri campuran Malaysia susun strategi kutip pingat tahun depan Sukan seni bela diri campuran Malaysia susun strategi kutip pingat tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615441945_RashidSalleh.jpg)
RASHID: Sebaik rentas negeri dibenarkan, kita akan meneruskan usaha untuk memajukan aspek kejurulatihan tempatan MMA. - Facebook / Rashid Salleh
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927130_Jururawat.jpg)
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
![MMA puji tindakan tegas terhadap klinik kesihatan haram MMA puji tindakan tegas terhadap klinik kesihatan haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737892470_TBMMA.jpg)
MMA puji tindakan tegas terhadap klinik kesihatan haram
Dr Kalwinder menggesa orang ramai terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti kesihatan haram kepada pihak berkuasa tanpa kelewatan.
![PFL: Usman Nurmagomedov kekal juara lightweight Bellator PFL: Usman Nurmagomedov kekal juara lightweight Bellator](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737844131_UsmanNurmagomedov.jpg)
PFL: Usman Nurmagomedov kekal juara lightweight Bellator
Usman Nurmagomedov berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight dunia Bellator selepas menewaskan Paul Hughes dari Ireland dalam Siri Juara-juara PFL 'Road to Dubai'.
![UFC 311: Islam Makhachev kekal kejuaraan, tundukkan Moicano dalam satu pusingan UFC 311: Islam Makhachev kekal kejuaraan, tundukkan Moicano dalam satu pusingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737268428_IslamMakhachev.jpg)
UFC 311: Islam Makhachev kekal kejuaraan, tundukkan Moicano dalam satu pusingan
Islam Makhachev berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Renato Moicano dari Brazil pada aksi UFC 311, pada Ahad.
![Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732336052_ConorMcGregor.jpg)
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
![UFC: Belal tarik diri lawan Shavkat UFC: Belal tarik diri lawan Shavkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730594803_TBUFC.jpg)
UFC: Belal tarik diri lawan Shavkat
Jangkitan kuman dalam tulang memaksa penyandang juara kelas welterweight UFC Belal Mohammad menarik diri daripada pertarungan utama UFC 310.
![Du Plessis sahut cabaran Khamzat Du Plessis sahut cabaran Khamzat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730425302_DuPlessis.jpg)
Du Plessis sahut cabaran Khamzat
Du Plessis meraih gelaran middleweight awal tahun ini selepas mengalahkan Sean Strickland di UFC 297 menerusi kemenangan kontroversi.
![Rahang terkehel, gigi hancur akibat ditumbuk Khamzat Rahang terkehel, gigi hancur akibat ditumbuk Khamzat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729995836_KhamzatChimaev.jpg)
Rahang terkehel, gigi hancur akibat ditumbuk Khamzat
Khamzat tampil dominan dan memanfaatkan skil gustinya untuk mengalahkan Whittaker pada minit ketiga, 34 saat dalam pusingan pertama.
![PM bertemu Khabib, bincang isu pembangunan ummah PM bertemu Khabib, bincang isu pembangunan ummah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727703702_AnwarIbrahimKhabi.jpg)
PM bertemu Khabib, bincang isu pembangunan ummah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas juara dunia Ultimate Fighting Champion (UFC) bagi kategori lightweight iaitu Khabib Nurmagomedov.
![Kerajaan perlu percepatkan rancangan tambah peruntukan kesihatan - MMA Kerajaan perlu percepatkan rancangan tambah peruntukan kesihatan - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708400542_TBMedicalworkers.jpg)
Kerajaan perlu percepatkan rancangan tambah peruntukan kesihatan - MMA
Rancangan kerajaan untuk meningkatkan peruntukan bagi sektor penjagaan kesihatan negara perlu dipercepatkan pada Belanjawan 2025 akan datang.