IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin tiada unsur sabotaj dalam pengguguran 12 acara di saat akhir sebelum tarikh tutup Sukan Malaysia (Sukma) 2022.
Sehubungan itu, syarat sekurang-kurangnya penyertaan lima negeri sedang diperhalusi, berbanding enam sebelum ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ada persatuan sukan yang aktif di negeri-negeri tertentu sahaja, namun tidak di negeri-negeri lain, khususnya negeri yang kecil.
"Kalau pun tak cukup kita turunkan daripada lapan penyertaan, lapan negeri kepada enam, enam mungkin sekarang ni kita nak turunkan kepada lima pula.
"Just to get more people to get involve, tetapi masih tak berjaya, apa yang kementerian melalui Majlis Sukan Negara akan lakukan ialah untuk nenganjurkan kejohanan bertaraf kebangsaan bagi acara berkenaan, bagi membolehkan atlet-atlet kita terus dapat terlibat," katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Rukun Negara@Belia (RNB)di Ipoh pada Sabtu.
Baru-baru ini dilaporkan 12 acara sukan terpaksa digugurkan kerana tidak memenuhi syarat sekurang-kurangnya penyertaan enam negeri.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, perkara itu boleh dielakkan sekiranya negeri-negeri yang mendaftar awal atlet mereka tidak menarik diri pada saat-saat akhir sebelum tarikh tutup.
Antara sukan menjadi mangsa kepada syarat penyertaan itu adalah olahraga yang mana dimaklumkan enam acara akan dibatalkan berikutan penyertaan tidak mencukupi iaitu hanya membabitkan lima penyertaan.
Sukma 2022 akan diadakan di selitar Lembah Klang dari 16 hingga 24 September ini.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Aug 20 2022

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (tengah) selepas merasmikan pelancaran Rukun Negara Belia (RNB) di Aeon Klebang hari ini. - Foto BERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Adamas tunggu maklum balas dua atlet angkat berat gagal ujian doping
Adamas belum menerima maklum balas daripada dua pemenang pingat dalam acara angkat berat yang gagal ujian doping pada Sukma lalu.

Sultan Johor ucap tahniah Johor juarai Sukma 2022
Turut menzahirkan ucapan sama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sukma 2022: Lontaran emas Nani Sahirah ketepikan cabaran atlet kebangsaan
Lontaran sejauh 13.38m yang menghasilkan emas itu, ternyata mengejutkan atlet olahraga kebangsaan dari Sarawak Grace Wong Xiu Mei.

Muhammad Ikbolasen gembira dalam duka
Hasrat melakar pencapaian bergaya tidak kesampaian apabila catatan 31 minit 11.62 saat tidak diiktiraf sebagai rekod baharu kejohanan.

Sukma 2022: Gugur 12 acara, tiada unsur sabotaj - Ahmad Faizal
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin tiada unsur sabotaj dalam pengguguran 12 acara di saat akhir sebelum tarikh tutup Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Guna kuasa mutlak teruskan acara terjun wanita SUKMA 2022 - Menteri Sarawak
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digesa menggunakan kuasa mutlak selaku Menteri Belia dan Sukan jika ada, untuk meneruskan acara terjun wanita dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.

Sukma 2022: Kontinjen Melaka sasar 20 emas
Antara sukan utama yang dilihat mampu menyumbangkan pingat emas kepada Melaka adalah wushu, badminton, silat, petanque dan renang.

Sukma 2022: Terjun wanita digugurkan kerana tidak cukup penyertaan, bukan sebab politik - KBS
Mana-mana acara dipertandingkan pada Sukma, ia perlu mendapat penyertaan daripada sekurang-kurangnya lapan kontinjen negeri.

Sukma 2022: Kontinjen Perak sertai 31 acara
Kontijen Perak akan menyertai kesemua 31 jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 pada September sehingga Oktober depan.

Sukma 2022 diadakan sebelum Sukan SEA Hanoi - Ahmad Faizal
Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) akan diadakan sebelum temasya Sukan SEA Hanoi, dijangka berlangsung Mei depan.