SHAH ALAM: Selangor menyasarkan 61 pingat emas sementara kontinjen Negeri Sembilan optimis meraih lebih 20 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos depan.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata antara acara yang dijangka membawa pulang emas ialah ragbi, memanah, akuatik, olahraga, bola sepak wanita, menembak, takraw dan silat.
Beliau berkata meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk kekangan kewangan, pihaknya yakin sasaran tersebut mampu dicapai sekali gus menempatkan Selangor pada kedudukan tiga teratas di kejohanan dwitahunan itu.
"Bagi menangani cabaran ini, kerajaan negeri telah meluaskan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan agensi di bawah kerajaan negeri dengan menjadikan persatuan sukan tertentu sebagai pasukan angkat bagi membantu mereka membuat persiapan terbaik," katanya.
Mohd Najwan berkata demikian selepas majlis penyerahan tajaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) berjumlah RM100,000, masing-masing kepada Persatuan Memanah Selangor dan Kesatuan Ragbi Selangor di sini hari ini.
Pada SUKMA 2022, kontinjen Selangor mengakhiri temasya di kedudukan kelima dengan mengumpul 130 pingat keseluruhan meliputi 31 emas, 55 perak dan 44 gangsa.
Dalam pada itu Ketua Kontinjen Negeri Sembilan Mustapha Nagoor berkata hampir 500 atlet negeri itu akan mengambil bahagian dalam 30 acara dengan sukan seperti basikal, tinju, olahraga, menembak dan bola sepak berpotensi menyumbangkan pingat emas.
"Sasaran pingat emas ini juga mengambil kira 30 peratus atlet kebangsaan yang mewakili negeri pada temasya itu nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan bapa angkat kontinjen SUKMA Negeri Sembilan dan penyampaian dana kepada persatuan sukan negeri.
Mustapha yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri berkata kem latihan keseluruhan atlet akan diadakan pada 2 dan 3 Ogos ini bagi memastikan kecergasan serta persediaan mental atlet dalam keadaan baik.
Sementara itu beliau berkata pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai bapa angkat dalam sukan di negeri berkenaan sebagai usaha melibatkan seluruh pemimpin negeri dalam kemajuan sukan.
Mustapha berkata pihaknya juga sedang berkerjasama dengan beberapa agensi atau syarikat menerusi pendekatan '1 syarikat 1 sukan' untuk membantu persatuan dalam aspek kewangan bagi melahirkan lebih ramai atlet pelapis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Mohd Najwan berkata antara acara yang dijangka membawa pulang emas ialah ragbi, memanah, akuatik, olahraga, bola sepak wanita, menembak, takraw dan silat. - Gambar fail/Bernama

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.