KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos ini.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah optimis Sarawak mampu mencapai sasaran itu berdasarkan maklum balas yang diterima semasa sesi taklimat bersama Penolong Ketua Kontinjen (ACDM).
"Ini berdasarkan maklum balas yang diterima hasil daripada mesyuarat mengenai prestasi kontinjen...satu persatu untuk setiap jenis sukan bersama dengan semua ACDM dan jurulatih.
"Saya rasa kita (Sarawak) boleh capai sasaran itu, kalau boleh dapat 70 emas kemungkinan boleh dapat juara keseluruhan," katanya kepada Bernama.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata demikian pada sesi sesi temu bual khas bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.
Delegasi Bernama diketuai oleh Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Editor Eksekutif Elmi Rizal Elias dan Ketua Biro Bernama Sarawak Hamdan Ismail.
Sebelum ini Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Darawak Datuk Gerald Rentap Jabu yang juga Ketua Kontinjen dilaporkan berkata Sarawak bukan sahaja menjadi tuan rumah, malah turut mencatat sejarah tersendiri dengan melantik seramai 40 ACDMs, 76 pengurus dan 138 jurulatih.
Sarawak pernah muncul juara SUKMA pada edisi 1990, 1992 dan 1994.
SUKMA 2024 akan melibatkan sembilan bahagian iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
Temasya kali ini menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai.
SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada 1990 dan 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024
Abdul Karim Rahman optimis Sarawak mampu mencapai sasaran itu berdasarkan maklum balas yang diterima semasa sesi taklimat bersama ACDM. - Gambar fail/Bernama
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara.
Sunway Property umum pelantikan Chung Soo Kiong sebagai Pengarah Urusan baharu
Sunway Property, cabang hartanah Sunway Group, mengumumkan pelantikan Chung Soo Kiong sebagai Pengarah Urusan baharu mereka.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah
Ia menerima Sijil SIRIM ISO 21101:2014 untuk sistem pengurusan keselamatan pelancongan pengembaraan bagi aktiviti berasaskan air dan darat.
Jambatan besi keretapi lama berpotensi jadi tarikan pelancong sempena TMK 2025
Jambatan yang dibina ketika era pemerintahan British itu mempunyai nilai sejarah tersendiri yang harus diketahui umum khususnya generasi muda.
Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.
Transit Malaysia sokong cadangan Bukit Bintang jadi kawasan pejalan kaki
Pada masa ini laluan berkenaan berdepan kesesakan setiap hari disebabkan kenderaan persendirian yang diparkir di tepi jalan.
Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia - Presiden MiTDA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).