REAL MADRID 1 BARCELONA 3
Gavi menjaringkan satu gol dan mencetuskan dua lagi jaringan ketika Barcelona mengatasi Real Madrid 3-1 dalam final Supercopa de Espana awal pagi tadi, sekali gus memberikan Xavi kejuaraan pertama sepanjang bergelar pengendali pasukan berkenaan.
Pemain remaja itu beraksi cemerlang dengan membuka jaringan selepas menerima umpanan Robert Lewandowski dalam aksi El Clasico itu di Riyadh, Arab Saudi.
Gavi kemudian membalas jasa Lewandowski dengan melakukan lintangan untuk ditolak masuk penyerang itu bagi memastikan Blaugrana ke bilik persalinan di Stadium King Fahd dengan kelebihan dua gol.
Tidak lama selepas perlawanan bersambung, Gavi sekali lagi memainkan peranannya, kali ini dengan lintangan rendah untuk disudahkan Pedri, sekali gus menjadikan kedudukan 3-0 memihak Barca.
Karim Benzema, dalam pada itu, memperoleh jaringan sagu hati buat Madrid pada lewat permainan tetapi juara Eropah dan LaLiga berkenaan sememangnya tidak dapat menandingi seteru tradisi mereka itu dalam pertemuan kali ini.
Ia merupakan gelaran Supercopa ke-14 buat Barca dan juga kejuaraan pertama Xavi sejak dilantik selaku ketua jurulatih pasukan itu pada November 2021.
Astro Arena
Mon Jan 16 2023

Pemain Barcelona, dari kiri, Ousmane Dembele, Lewandowski dan Gavi meraikan kemenangan bersama trofi selepas aksi final Supercopa de Espana antara Real Madrid dan Barcelona FC di Stadium King Fahd, Riyadh, Arab Saudi, 16 Jan 2023. REUTERS

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Pencipta AstraZeneca, GAVI terima Hadiah Keamanan Sunhak 2022
Pengiktirafan tersebut diberikan atas sumbangan signifikan yang diberikan mereka dalam membantu dunia menghadapi pandemik COVID-19.

COVAX agih lebih 1 bilion vaksin COVID-19 - WHO
WHO dalam satu kenyataan pada Ahad menjelaskan 36 negara anggota menyaksikan kadar vaksinasi kurang 10 peratus.

Vaksin Sinopharm, Sinovac masuk senarai pemerolehan COVAX
Ketua Eksekutif GAVI, Seth Berkley berkata, ia akan membolehkan lebih banyak vaksin disediakan kepada anggota COVAX.

Vaksin COVID-19: Malaysia sertai COVAX bagi dapatkan bekalan vaksin
Malaysia disahkan akan menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 (COVAX) bagi mendapatkan sebahagian daripada bekalan vaksin COVID-19.