JAGUH bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah enggan panik dengan situasi yang menlanda dirinya malah kekal tenang mengatur perancangan menjelang tiga kejohanan utama hujung tahun ini di sebalik hilang tempat untuk berlatih ekoran penutupan pusat gimnasium sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun atlet berusia 48 tahun itu mengguna penggalamannya untuk kekal disiplin dan memantau kualiti ototnya tanpa memasuki gelembung sukan.
Keputusannya untuk tidak berada di dalam gelembung sukan buat masa ini merupakan percaturan paling berani dalam kariernya.
Pemilik gelaran Mr Asia lima kali itu mempunyai perancangan dan cara tersendiri pada ketika fokusnya terarah kepada Kejohanan Asia September ini, disusuli Sukan SEA dan Kejohanan Dunia Disember kelak.
Justeru juara dunia empat kali berturut-turut itu sudah mahir untuk mengekalkan prestasi terbaiknya khususnya dalam kejohanan nanti.
"Mentaliti saya sangat baik jadi saya mampu membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan. Jaga pemakanan, berlatih dengan bijak dan pengalaman bakal menjadi kelebihan bagi saya," kata Syarul.
Antara kunci kejayaannya di peringkat antarabangsa merupakan sentiasa melakukan latihan berintensiti tinggi dengan pelbagai cara demi mengekalkan kualiti ototnya.
Syarul turut berkongsi keutamaannya selain daripada terarah kepada latihan di gimnasium sebelum ini, disiplin pemakanan juga merupakan aspek penting demi untuk menonjolkan otot ketika berada di atas pentas.
Astro Arena
Mon May 24 2021

Antara kunci kejayaan Syarul di peringkat antarabangsa merupakan sentiasa melakukan latihan berintensiti tinggi dengan pelbagai cara demi mengekalkan kualiti ototnya. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sukan bina badan selari gaya hidup, disiplin PDRM - KPN
Penganjuran acara sukan bina badan dilihat selari dengan imej PDRM pada masa ini yang mengutamakan disiplin dan gaya hidup sihat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Saya tidak mahu lagi kerah kudrat - Mike
Biarpun berat hati, namun badang berusia 51 tahun itu merasakan ia masa yang sesuai untuk dia mengundur diri.

Naib Presiden MBBF Kamaruzaman meninggal dunia
Naib Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) Kamaruzaman Kadir disahkan meninggal dunia pada umur 76 tahun di kediamannya di Sri Kembangan, Selangor.

Sazali Samad mahu bangkit selepas jalani penggantungan lapan tahun
Juara dunia Mr Universe 10 kali itu mahu bangkit menjadi antara pencabar utama sukan bina badan dunia.

Sazali Samad terbuka dengan keputusan Mike Mahen
Bagaimanapun, Sazali merasakan, atlet berprestasi tinggi seperti Mike mampu kekal relevan sehingga usia 55 tahun setidak-tidaknya.

'Workout' lama-lama di 'gym' boleh cepat 'sado'? Ini fakta sains sukan
Melakukan senaman yang intensif dan ada fokus dalam tempoh masa yang lebih pendek boleh memberikan hasil yang lebih baik.

YouTuber bina badan terkenal Jo Lindner meninggal dunia pada usia 30 tahun
YouTuber bina badan terkenal, Jo Lindner meninggal dunia pada usia 30 tahun selepas mengadu sakit leher pada Sabtu.

ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.

ASN 2021: Buda Anchah tidak sangka tersenarai rebut anugerah Olahragawan Kebangsaan
Buda Anchah tidak sangka akan tersenarai dalam perebutan gelaran Olahragawan Kebangsaan menjelang Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021.

Pemergian Boon Leong kehilangan besar buat sukan bina badan negara
Arena sukan tanah air hari ini dikejutkan dengan pemergian tokoh sukan bina badan negara Datuk Dr Gan Boon Leong pada usia 84 tahun awal pagi tadi.