Ia selepas pilihan ketiga kejohanan itu menundukkan pilihan ketujuh yang juga pasangan tuan rumah Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-18 dan 21-14, dalam aksi separuh akhir cukup sengit yang berlangsung selama 37 minit di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi malam ini.
Menanti Sze Fei-Nur Izzuddin di final ialah juara Terbuka Malaysia 2025 dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae, yang menyingkirkan satu lagi pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Terdahulu, wakil negara masing-masing beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, juga gagal melangkah ke peringkat akhir selepas tewas kepada lawan masing-masing.
Turut menamatkan perjuangan di separuh akhir membabitkan beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah.
-- BERNAMA