PETALING JAYA: Tidak perlu tekan 'butang panik' walaupun tiada kilauan pingat buat pasukan negara pada hari kedua Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway di sini semalam.
Jurulatih skuad remaja kebangsaan Alex Liew berkata ia adalah proses perlu dilalui barisan pemain muda negara di samping terus memberikan suntikan semangat kepada mereka.
"...kerana ada antara mereka (pemain) dari berlainan negeri, jadi untuk mengadakan latihan pusat kita perlukan masa. Dan mereka juga bawah 18 tahun, jadi masih bersekolah. Kita ambil masa seminggu untuk persiapkan mereka ke kejohanan ini.
"Sebenarnya, hari ini kita betul-betul berikan tentangan sengit, tak putus asa. Mereka sudah lakukan yang terbaik, cuma mungkin bukan hari kita tapi esok ada lagi acara. Harap ia membakar semangat mereka untuk lebih baik esok," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Terdahulu, Singapura mengungguli kategori beregu lelaki dan wanita, masing-masing menerusi Joshua Gaza-Aviel Chua yang melakukan 2,585 jatuhan pin untuk meraih emas kategori lelaki, manakala Jean Neo-Isabelle Wee mendominasi kategori wanita dengan 2,454 pin.
Tempat kedua bagi kategori lelaki dimenangi gandingan dari Qatar, Talal Al Marri-Ibrahim Al Moreikhi (2,571) dan Nasser Alkandari-Adel Ali dari Kuwait, ketiga dengan 2,526 jatuhan pin.
Satu lagi gandingan wanita Singapura, Ella Tan-Hazel Tan meraih pingat perak dengan 2,446 jatuhan pin manakala gangsa menjadi milik Emily Hinspeter-Emily Hart dari Australia (2,414).
Keputusan terbaik Malaysia semalam ialah berada di tempat keempat daripada 24 pasukan bagi kategori beregu wanita menerusi Afiqah Kamilia Ali-Adelia Nur Irwan Syazalee yang mencatatkan 2,356 jatuhan pin manakala tempat kelapan daripada 40 pasukan bagi kategori beregu lelaki menerusi Ahmad Farish Danial-Wan Zarif Ikram selepas menjatuhkan 2,455 pin.
Sementara itu, Penolong Jurulatih Kebangsaan Federasi Boling Singapura Jensen Lim berkata kemenangan ini pastinya membakar semangat mereka untuk terus berjuang sehingga hari terakhir selain meraih pengalaman berharga buat pemain muda.
"Kita mahu atlet muda memberi tumpuan kepada proses itu. Dan jika mereka berjaya dalam proses itu, hasilnya akan datang secara semula jadi. Jadi setiap kali keputusan datang kepada kami, ia sentiasa mengejutkan," katanya.
Pada Selasa, Malaysia memulakan kempen kejohanan dengan menuai dua pingat gangsa menerusi Ethan Damian Goh dalam acara individu lelaki dan Qurratu'ain Izdihar Mohd Pozi bagi kategori individu wanita.
Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 berlangsung pada 16 hingga 23 Jun disertai 14 pasukan antaranya Malaysia, Australia, Singapura, China, Indonesia, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Macau dan Pakistan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

Pemain muda boling negara Adelia Nur Irwan Syazalee beraksi dalam kategori beregu wanita pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 di Sunway Pyramid, Subang Jaya, 19 Jun 2024. --fotoBERNAMA

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.
AWANI Ringkas: JDT gagal ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prestasi S&P 500: Sehingga 12 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.

Para SUKMA: Medan 'memburu' bakat baharu ke temasya antarabangsa
Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 bermula esok hingga Sabtu depan di sini bakal menjadi medan pencarian bakat-bakat baharu dari golongan orang kurang upaya (OKU) yang penting buat negara.

Sarawak sedia sepenuhnya anjur Para SUKMA 2024 - Hii
Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 bermula esok hingga Sabtu depan di sini.

SUKMA 2024: Negeri Sembilan raih emas tenpin boling selepas 14 tahun
Skuad lelaki Negeri Sembilan melangkah ke podium dengan bergaya apabila menamatkan penantian 14 tahun pingat emas tenpin boling Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini.

Tenpin Boling Remaja Asia: Tiada kilauan pingat buat Malaysia pada hari kedua
Alex Liew berkata ia adalah proses perlu dilalui barisan pemain muda negara di samping terus memberikan suntikan semangat kepada mereka.

Tenpin boling bawa Natasha keliling dunia
Natasha berkata, beliau dipanggil menyertai skuad remaja kebangsaan ketika berusia 15 tahun.

Sukan SEA: Penguasaan Malaysia dalam boling perseorangan lelaki berakhir
Sharukh Amin Zulkifli dan Mohd Syazirol Shamsudin hanya menduduki tempat ketujuh dan kelapan.

Sukan SEA: Masa untuk pasukan kedua beraksi untuk pingat - MTBC
Sukan SEA di Hanoi menjadi medan ujian bagi pasukan kedua yang terdiri daripada 12 pemain untuk menyertai skuad elit akan datang.

Timmy Tan tidak sabar buru gelaran
Juara Asia dua kali itu terpaksa terus 'menunggu' selepas pembatalan beberapa kejohanan serta temasya sukan susulan pandemik COVID-19.

Sukma Perak: Giliran Sarawak pula dominasi tenpin boling
Skuad tenpin boling Sarawak menyambar dua pingat emas pada hari kedua acara tenpin boling yang berlangsung di Ampang Superbowl, Ipoh Parade pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, malam ini.