LAI PEI JING mengubati kekecewaannya terkandas dalam acara beregu campuran apabila mengesahkan tiket ke pentas akhir Terbuka Australia bersama gandingan beregu wanitanya, Lim Chiew Sien, sebentar tadi.
Pasangan itu mengejutkan pilihan ketiga dari Hong Kong, Yeung Nga Ting dan Young Pui Lam, apabila mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan 2-1 di Sydney.
Beregu Malaysia itu tampak mendominasi dalam set pertama dengan meninggalkan pasangan Hong Kong berkenaan jauh ketinggalan 13-21.
Namun, wakil Hong Kong itu bangkit dan menyamakan kedudukan dengan mata 18-21 untuk menjadikan persaingan semakin sengit.
Tidak mahu memberi peluang kepada lawan mereka, beregu Malaysia itu berhempas pulas dalam set ketiga dan menundukkan Yeung Nga Ting-Young Pui Lam dengan mata 21-14, seterusnya mengesahkan tempat mereka dalam pusingan akhir.
Di pentas akhir esok, Chiew Sien dan Pei Jing akan berdepan dengan beregu dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Amallia Cahaya Pratiwi.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sat Jun 15 2024

Di pentas akhir esok, Chiew Sien dan Pei Jing akan berdepan dengan beregu dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Amallia Cahaya Pratiwi. - Foto Stadium Astro

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Terbuka Australia BWF: Pei Jing-Chiew Sien tempah tiket ke babak akhir
Lai Pei Jing mengubati kekecewaannya terkandas dalam acara beregu campuran apabila mengesahkan tiket ke pentas akhir Terbuka Australia bersama Lim Chiew Sien.