JAKARTA: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mempamerkan aksi bertenaga ketika menewaskan pemain India Sameer Verma untuk mara ke pusingan suku akhir Terbuka Indonesia 2022.
Pemain nombor lima dunia yang turun selaku pilihan keenam kejohanan itu memerlukan 41 minit untuk mengetepikan cabaran Sameer, 21-10, 21-13, di Stadium Istora Senayan di sini hari ini.
Zii Jia ketika ditemui pemberita selepas perlawanan mengakui tahap keyakinannya semakin meningkat bagi menghadapi cabaran seterusnya.
"Saya rasa sudah semakin biasa dengan penonton di sini. Ini sangat bagus untuk saya. Harap semuanya baik untuk pusingan seterusnya.
"Sasaran saya ialah untuk jadi juara di Terbuka Indonesia. BWF Super 1000 ini adalah kejohanan yang besar, harap dapat fokus 100 peratus," katanya.
Pemain berusia 24 tahun itu dijangka bertemu pemain Singapura Loh Kean Yew yang menumpaskan Toma Junior Popov dari Perancis 21-16, 21-9.
Dalam aksi beregu campuran, beregu Malaysia Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei menundukkan rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai 21-19, 21-19.
Pang Ron-Ee Wei bakal bertemu pasangan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung, yang menewaskan wakil tuan rumah Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-13, 21-11.
Beregu wanita negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien pula terkandas di pusingan kedua setelah kalah kepada pasangan China, Du Yue-Li Wen Mei, 10-21, 21-13, 9-21.
Sementara itu, beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan Ruben Jille-Ties Van Der Lecq dari Perancis 21-17 16-21 21-6.
Keputusan lain:
---------------------
(Nota: Malaysia kecuali dinyatakan)
Beregu lelaki:
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kk Takuro Hoki-Yugo Kobayashi (JPN) 11-2, 21-14,19-21
Beregu Campuran:
Chen Tang Jie-Valeree Siow mn Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti (IND) (Walkover)
Soong Joo Ven-Goh Liu Ying kk Yuta Watanabe-Arisa Hihashino (JPN) 17-21,12-21
Pearly Tan-M.Thinaah kk Yuki Fukushima-Sayaka Hirota (JPN) 19-21,12-21.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Zii Jia ketika ditemui pemberita selepas perlawanan mengakui tahap keyakinannya semakin meningkat bagi menghadapi cabaran seterusnya. - Gambar/ Bernama
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Terbuka Indonesia: Kian Meng-Pei Jing tersingkir di separuh akhir
Langkah Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terhenti di separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2024 selepas disingkirkan gandingan China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.
Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Indonesia
Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan kedua kejohanan tewas kepada gandingan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di Istora Senayan, Jakarta.
Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke final
Beregu lelaki utama negara itu menyingirkan beregu tuan rumah, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yacob Rambitan 12-21, 23-21, 21-13 dalam tempoh 57 minit.
Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum cemerlang mereka pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2023 untuk mara ke separuh akhir.
Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik ke suku akhir
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi satu-satunya wakil negara yang masih mengibarkan cabaran Malaysia di Terbuka Indonesia 2023.
Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah tarik diri
Pasangan beregu wanita badminton nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah, menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023 yang dijadualkan bermula esok sehingga 18 Jun di Jakarta.
Terbuka Indonesia: Aaron, Wooi Yik kandas di separuh akhir
Mereka tewas kepada beregu China, Liu Yu Cheng-Ou Xuan Yi menerusi straight set 21-18 dan 21-13.
Terbuka Indonesia: Zii Jia tersingkir, Axelsen layak ke final
Axelsen dilihat bekerja keras dalam mengekalkan momentum sebelum menoktahkan kemenangan 19-21, 21-11, 23-21.
Terbuka Indonesia: Zii Jia lepasi cabaran Kean Yew mara ke separuh akhir
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2022.
Terbuka Indonesia: Keyakinan meningkat, Zii Jia mara ke suku akhir
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mempamerkan aksi bertenaga ketika menewaskan pemain India Sameer Verma untuk mara ke pusingan suku akhir Terbuka Indonesia 2022.