KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2022 selepas menumpaskan pemain Singapura Loh Kean Yew dalam aksi suku akhir penuh dramatik, hari ini.
Pada pertemuan di Stadium Istora Senayan Jakarta itu, Zii Jia yang merupakan pemain nombor lima dunia dipaksa bekerja keras dalam pertarungan selama 65 minit sebelum berhasil menoktahkan kemenangan 21-18, 16-21, 22-20 ke atas Kean Yew yang menghuni ranking kesembilan dunia.
Kejayaan itu menyaksikan Juara All-England 2021 itu bakal berdepan pemenang satu lagi perlawanan suku akhir antara wakil tuan rumah Anthony Sinisuka Ginting dan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dari Denmark esok dalam penentuan ke final.
"Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan, saya akan berikan yang terbaik esok.
"(Dalam aksi ini) saya kena lawan, tiap kali bertemu dia (Kean Yew) pasti sengit lagi-lagi apabila saya rasa dia beraksi dengan baik dalam kejohanan ini, saya rasa dia mula dapat keyakinannya semula dan bermain dengan stabil," katanya selepas tamat perlawanan.
Turut melangkah ke separuh akhir adalah beregu utama lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas mengatasi pasangan bukan pilihan dari Indonesia Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan 14-21, 21-12, 22-20.
Pada aksi tersebut, 'tuah' dilihat menyebelahi gandingan negara yang menduduki ranking ketujuh dunia apabila Yeremia Erich terseliuh ketika Indonesia mendahului 20-18 di set ketiga.
Situasi itu memaksa Pramudya seakan beraksi seorang diri apabila pasangannya yang cedera tetap ingin meneruskan aksi biarpun terhincut-hincut di gelanggang sekali gus kesempatan itu digunakan Aaron-Wooi Yik untuk mengutip empat mata berturut-turut dan memenangi perlawanan.
Menanti gandingan negara yang diletakkan sebagai pilihan kelima di pentas separuh akhir adalah antara pasangan tuan rumah Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto atau Liu Yu Cheng-Ou Xuan Yi dari China yang akan berentap dalam satu lagi aksi suku akhir.
Sementara itu, cabaran Malaysia dalam saingan beregu campuran berakhir selepas kedua-dua pasangan negara Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei dan Chen Tang Jie-Valeree Siow terkandas di suku akhir.
Pang Ron-Ee Wei tunduk 16-21, 19-21 kepada pasangan Korea Selatan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung manakala Tang Jie-Valeree tewas di tangan pilihan keempat Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dari China 12-21, 14-21.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Aksi mendebarkan jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia ketika berdepan Loh Kean Yeaw dari Singapura dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Terbuka Indonesia 2022. - Foto BERNAMA
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.
Terbuka Indonesia: Kian Meng-Pei Jing tersingkir di separuh akhir
Langkah Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terhenti di separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2024 selepas disingkirkan gandingan China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.
Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Indonesia
Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan kedua kejohanan tewas kepada gandingan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di Istora Senayan, Jakarta.
Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke final
Beregu lelaki utama negara itu menyingirkan beregu tuan rumah, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yacob Rambitan 12-21, 23-21, 21-13 dalam tempoh 57 minit.
Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum cemerlang mereka pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2023 untuk mara ke separuh akhir.
Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik ke suku akhir
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi satu-satunya wakil negara yang masih mengibarkan cabaran Malaysia di Terbuka Indonesia 2023.
Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah tarik diri
Pasangan beregu wanita badminton nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah, menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023 yang dijadualkan bermula esok sehingga 18 Jun di Jakarta.
Terbuka Indonesia: Aaron, Wooi Yik kandas di separuh akhir
Mereka tewas kepada beregu China, Liu Yu Cheng-Ou Xuan Yi menerusi straight set 21-18 dan 21-13.
Terbuka Indonesia: Zii Jia tersingkir, Axelsen layak ke final
Axelsen dilihat bekerja keras dalam mengekalkan momentum sebelum menoktahkan kemenangan 19-21, 21-11, 23-21.
Terbuka Indonesia: Zii Jia lepasi cabaran Kean Yew mara ke separuh akhir
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2022.
Terbuka Indonesia: Keyakinan meningkat, Zii Jia mara ke suku akhir
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mempamerkan aksi bertenaga ketika menewaskan pemain India Sameer Verma untuk mara ke pusingan suku akhir Terbuka Indonesia 2022.