KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia berjaya menempah tiket ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2024 selepas mengharungi pertarungan sengit aksi pusingan kedua menentang Weng Hong Yang dari China malam tadi.
Pada aksi di venue ikonik, Istora Senayan itu, Zii Jia yang mendaki ke posisi ketujuh dalam kemas kini ranking dunia Selasa lepas diberi tentangan hebat sebelum terpaksa akur tewas 20-22 di set pertama.
Bagaimanapun, Zii Jia membuktikan kehebatannya apabila bangkit dengan bergaya untuk membenam lawan yang menghuni ranking dunia ke-19 itu 21-9 di set kedua sebelum mencatat kemenangan 21-16 di set penentuan sekali gus mengesahkan kemaraan ke suku akhir.
Menanti Zii Jia di pusingan lapan terbaik hari ini ialah juara dunia 2023 Kunlavut Vitidsarn dari Thailand yang melangkah ke suku akhir dengan bergaya selepas menumpaskan wakil India Priyanshu Rajawat 21-10, 21-17.
Kali terakhir Zii Jia membuat perhitungan dengan Kunlavut adalah pada pusingan ketiga di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 tahun lepas yang menyaksikan pemain negara berusia 26 tahun itu menang 10-21, 21-19, 21-6.
Pada masa sama, beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah turut mara ke pusingan suku akhir selepas menewaskan pasangan tuan rumah Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-18, 21-19 pada aksi pusingan kedua dan akan bertemu pasangan nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China.
Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut menempah slot di suku akhir selepas mengatasi cabaran gandingan Denmark Mathias Christiansen-Alexandra Boje 15-21, 23-21, 21-14.
Pasangan nombor 21 dunia itu akan bertemu pilihan kelapan kejohanan Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan.
Terdahulu, tiga wakil negara berjaya meloloskan diri ke suku akhir iaitu pemain perseorangan lelaki Leong Jun Hao dan dua beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024
Aksi Zii Jia ketika menentang pemain China Weng Hong Yang pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2024 di Jakarta, 6 Jun 2024. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
Wei Chong-Kai Wun perlu lebih berani tekan lawan - Rexy
Rexy Mainaky mahu naib juara Terbuka Indonesia 2024, Man Wei Chong-Tee Kai Wun lebih berani 'menekan' lawan yang juga gandingan handalan dunia.
Wei Chong-Kai Wun mara ke final Terbuka Indonesia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun melangkah ke final Terbuka Indonesia 2024 selepas mengecewakan pasangan tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
Terbuka Indonesia: Zii Jia tempah tiket suku akhir bertemu Kunlavut
Pada aksi di Istora Senayan itu, Zii Jia diberi tentangan hebat sebelum terpaksa akur tewas 20-22 di set pertama.