SIMONA Halep memulakan aksi pertamanya di gelanggang tanah liat musim ini dengan bergaya apabila mudah menyingkirkan Marketa Vondrousova dengan kemenangan straight set malam tadi.
Pemain pilihan kedua itu sedang memburu final pertamanya di Stuttgart dan kelihatan berada dalam prestasi terbaik apabila hanya memerlukan 56 minit untuk menewaskan Vondrousova 6-1, 6-3.
Vondrousova -- naib juara Terbuka Perancis 2019 -- memenangi kedua-dua pertemuan terakhirnya dengan Halep tetapi kali ini, dia tidak dapat menandingi pemain nombor tiga dunia itu, yang telah memenangi kesemua kejohanan tanah liat utama selain di Stuttgart.
"Memulakan musim di gelanggang tanah liat membuatkan saya benar-benar gembira dan bermotivasi, lebih bermotivasi sebenarnya," kata Halep dalam sidang media.
"Saya rindu untuk beraksi. Saya melalui beberapa minggu tanpa perlawanan rasmi dan ia agak mencabar pada ketika saya memulakan perlawanan tetapi minda saya cukup kuat untuk hanya memberikan fokus kepada apa yang saya perlukan. Jadi, saya melakukannya dengan baik hari ini dan ia merupakan perlawanan yang hebat.
"Saya agak gugup sebelum perlawanan ini kerana saya pernah dua kali bertemu dengannya dan dia menewaskan saya kesemuanya.
"Ia amat penting untuk minda saya, untuk permainan saya kerana musim di gelanggang tanah liat akan menjadi amat sukar.
"Kini, perlawanan ini memberikan saya keyakinan bahawa tahap saya tinggi dan jika saya terus melakukan perkara sama, saya akan baik-baik sahaja," katanya.
Halep seterusnya akan berdepan Ekaterina Alexandrova, yang menewaskan pemain nombor 12 dunia, Belinda Bencic.
Astro Arena
Fri Apr 23 2021

Simona Halep beraksi ketika menentang Marketa Vondrousova dalam perlawanan Terbuka Stuttgart, di Jerman, 22 April, 2021. (Foto AP)
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Kejutan persaraan Barty: Jaguh tenis dunia doakan masa depan lebih gemilang
Pengumuman persaraan pemain tenis perseorangan wanita nombor satu dunia, Ashleigh Barty bukan sahaja mengejutkan dunia sukan antarabangsa malah turut beri kesan kepada bintang tenis lain.

Tenis Indian Wells: Halep, Swiatek bertemu dalam separuh akhir
Selepas memenangi game pertama ketika servis di tangannya, Martic membenarkan Halep memenangi enam game berturut-turut.

Wimbledon 2021: Simona Halep turut umum undur diri
Simona Halep umum undur diri selepas mengalami kecederaan di bahagian betis.

Terbuka Madrid: Halep disingkir Mertens dalam aksi epik
Halep pemain dengan ranking tertinggi yang turun beraksi tetapi gagal menyekat kemaraan Mertens walaupun memenangi set pertama dan mendahului mata pertama dalam setiap set berikutnya.

Tenis Terbuka Stuttgart: Perjalanan Halep terhenti dalam separuh akhir
Halep menang straight-set ke atas Ekaterina Alexandrova dan Marketa Vondrousova dalam perjalanan ke separuh akhir, tetapi bertemu lawan yang setaraf dengannya, Sabalenka.

Terbuka Stuttgart: Halep mulakan aksi dengan bergaya
Pemain pilihan kedua itu sedang memburu final pertamanya di Stuttgart dan kelihatan berada dalam prestasi terbaik apabila hanya memerlukan 56 minit untuk menewaskan Vondrousova 6-1, 6-3.

Terbuka Miami: Halep tarik diri kerana cedera
Pemain nombor tiga dunia itu mengalami kecederaan di bahu kanannya dan tidak dapat berdepan Anastasija Sevastova.

Tenis Terbuka Australia 2021: Naomi Osaka mara ke separuh akhir
Menepati ramalan, pemain nombor tiga dunia, Naomi Osaka mara ke pusingan separuh akhir tenis Terbuka Australia 2021.

Terbuka Australia 2021: Mampukah Simona Halep sekat kemaraan Serena Williams?
Hari ini fokus memihak kepada kepada beberapa jaguh utama seperti Rafael Nadal, Daniil Medvedev dan Ashleigh Barty yang sudah menempah tiket ke aksi suku akhir yang bermula esok.

Terbuka Australia 2020: Kenin ketepikan Barty, tempah slot akhir bertemu Muruguza
Sofia Kenin lakar sejarah apabila tundukkan Ashleigh Barty untuk mara ke pusingan akhir Terbuka Australia.