KUALA LUMPUR:Pasangan beregu wanita negara M. Thinaah dan Pearly Tan Koong Le, melakukan kejutan apabila menewaskan pasangan nombor sembilan dunia Chang Ye Na dan Kim Hye Rin pada pusingan pertama kejohanan Toyota Terbuka Thailand di Bangkok, pada Rabu.
Thinaah dan Tan, yang merupakan pasangan bukan pilihan kejohanan, menunjukkan permainan cemerlang apabila berjaya kembali selepas ketinggalan satu perlawanan, untuk menang 16-21, 21-15 dan 27-25 ke atas pasangan Korea Selatan itu pada perlawanan yang berlangsung di Impact Arena.
Sebelum ini pasangan itu terkeluar daripada Yonex Terbuka Thailand selepas tewas kepada juara kejohanan itu Greysia Polii dan Apriyani Rahayu dari Indonesia 15-21, 12-21, pada peringkat suku akhir di venue yang sama minggu lepas.
"Minggu lepas merupakan kejohanan Super 1000 kami yang pertama, jadi kami belajar dari kesilapan. Kami cuba untuk lakukan lebih baik dan kami kini lebih bersedia.
"Sebelum perlawanan, kami tidak berfikir banyak. Kami tidak dijangka akan menang, jadi kami hanya mahu bermain permainan kami dan itu bantu kami tunjukkan prestasi terbaik kami," kata Thinaah seperti dilaporkan dalam laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.
Pasangan Malaysia itu akan bertemu Vimala Heriau dan Margot Lambert dalam pusingan kedua esok selepas pasangan dari Perancis itu mengalahkan pasangan Laksika Kanlaha dan Atitaya Povanon dari Thailand 22-20, 23-21 dalam satu lagi perlawanan pusingan pembukaan.
Satu lagi pasangan wanita negara Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean juga menempah tempat ke pusingan seterusnya, dengan mengalahkan pasangan dari Kanada Rachel Honderich dan Kristen Tsai 21-17, 21-16.
Keputusan Pusingan Pertama:
(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan; [ ] menjukkan pilihan)
Perseorangan Lelaki:
Liew Daren mn B. Sai Praneeth (IND) (Daren ke pusingan kedua selepas Oraneeth menarik diri akibat positif COVID-19).
Beregu Wanita:
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn Rachel Honderich-Kristen Tsai (CAN) 21-17, 21-16
M.Thinaah-Pearly Tan Koong Le mn [6] Chang Ye Na-Kim Hye Rin (KOR) 16-21, 21-15, 27-25
Beregu Campuran:
Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mn Reddy B. Sumeeth-Reddy N. Sikki (IND) 21-14, 18-21, 21-13
[7] Marcus Ellis-Lauren Smith (ENG) mn Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 14-21, 21-15, 21-19
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 20 2021
Thinaah dan Tan, yang merupakan pasangan bukan pilihan kejohanan, menunjukkan permainan cemerlang apabila berjaya kembali selepas ketinggalan satu perlawanan. - Twitter/ BAM
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari UIAM sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
Consider This: Education — Learning from Indonesia’s Experience
To mark International Day of Education on January 22nd, on this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with education consultant & reform advocate, Dzameer Dzulkifli. He is the former Programme Lead of Guru Tribe, under Indonesia’s GovTech Edu, where from 2020 to 2024, he supported Indonesia's Ministry of Education in transforming its education policies. Prior to that, in 2009, he co-founded Teach For Malaysia—leading it for a decade to build a network of over 500 education changemakers. And later, he served as CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman—championing tertiary education for low-income communities.
Perjalanan lancar bermula dengan Pennzoil, minyak pelincir terunggul untuk prestasi unggul
Jenama premium yang dibawakan oleh UMW ini komited untuk terus menetapkan standard baharu yang lebih tinggi dalam penjagaan prestasi enjin.
Khadijah Ibrahim cedera ringan, kereta bertembung di Beaufort
Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim dilapor terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Brunei ke Kota Kinabalu, Sabah petang tadi.
Toyota USA digodam, 240GB data pekerja dan pelanggan syarikat dicuri
Kumpulan penggodam ZeroSevenGroup mengaku bertanggungjawab ke atas serangan godaman tersebut.
Toyota, Mazda hentikan pengeluaran 5 model berikutan penemuan penipuan ujian persijilan
Toyota menghentikan pengeluaran tiga model di kilangnya di Wilayah Miyagi dan Iwate, dengan penggantungan dijangka sehingga 28 Jun.
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
UMW Toyota perkenal inisiatif “Beyond Zero,” wawasan melangkau matlamat sifar karbon
Tidak sekadar menuju sifar karbon, inisiatif itu menerajui usaha mewujudkan masa depan mampan melibatkan segenap lapisan masyarakat dengan pendekatan berbilang laluan.
Toyota panggil semula 1.12 juta kenderaan akibat isu beg udara
Masalah itu boleh mengakibatkan 'Occupant Classification System' (OCS) tidak berfungsi.
Jelajah Toyota 2023 perkukuh kesungguhan bangunkan sukan golf Malaysia
Jelajah Toyota di landasan tepat sebagai medan ujian pemain golf profesional negara juga pentas mencungkil bakat-bakat baharu.
Eksklusif: Pengambilalihan UMW penting, Toyota, Perodua akan bantu Sime Darby berkembang
Menurut Jeffri, ketika ini Sime Darby hanya menguasai sekitar 15 peratus perkongsian pasaran melibatkan segmen premium.
Toyota gantung operasi 12 kilang di Jepun akibat kegagalan sistem komputer
Toyota Motor menggantung operasi 12 daripada 14 kilangnya di Jepun kerana kegagalan sistem komputer, lapor Sputnik pada Selasa.