KUALA LUMPUR: Buat pertama kali selepas 16 tahun Malaysia tidak akan mempunyai pemanah lelaki beraksi di temasya Sukan Olimpik menjelang edisi Paris 2024 bermula bulan depan.
Ia selepas harapan tiga wakil negara untuk meraih slot saat akhir ke temasya sukan berprestij dunia itu tidak kesampaian apabila masing-masing terkandas di pusingan awal acara recurve individu kejohanan ArcheryInParis Final Olympic Qualifier di Antalya, Turkiye pada Isnin.
Pemanah ranking dunia ke-197 Muhammad Zarif Syahiir Zolkepeli yang melepasi pusingan pertama dengan cemerlang dikejutkan pada pusingan kedua selepas tumpas 2-6 di tangan pemanah muda berusia 16 tahun dari Cyprus Thoma Christos yang menghuni ranking ke-483.
Pemanah muda negara yang berusia 16 tahun Muhammad Danish Amsyar Norazlan turut terkandas di pusingan kedua selepas kecundang di tangan pemanah ranking ke-50 dunia dari Bangladesh, Md Hakim Ahmed Rubel 2-6.
Seorang lagi pemanah muda negara berusia 19 tahun Muhammad Syafiq Busthamin pula berjaya meloloskan diri ke pusingan ketiga, namun terpaksa akur dengan kehebatan wakil Azerbaijan, Mahammadali Aliyev yang memenangi pertembungan itu dengan keputusan 6-5.
Sabtu lepas, skuad recurve lelaki negara dibarisi ketiga-tiga pemanah itu tewas kepada Indonesia 6-0 seawal pusingan pertama sekali gus meleburkan harapan untuk menyaksikan Malaysia membuat kemunculan semula dalam acara itu selepas turut gagal melayakkan diri pada edisi Tokyo 2020.
Malaysia sebelum ini tidak pernah terlepas daripada mempunyai wakil pemanah lelaki beraksi di Sukan Olimpik dalam acara individu ataupun berpasukan sejak edisi Beijing 2008.
Jumaat lepas, trio recurve wanita negara Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, Nurul Azreena Mohamad Fazil dan Syaqiera Mashayikh mencipta sejarah apabila buat julung kali melayakkan diri ke Sukan Olimpik selepas mara sehingga ke final pada kejohanan sama di Antalya.
Mereka tewas tipis 4-5 kepada trio China pada aksi final sekali gus membawa pulang pingat perak.
Sebelum ini, Ariana Nur Dania berjaya meraih tiket ke Paris 2024 dalam acara recurve individu wanita selepas memenangi pingat emas Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, November lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2024

Malaysia sebelum ini tidak pernah terlepas daripada mempunyai wakil pemanah lelaki beraksi di Sukan Olimpik dalam acara individu ataupun berpasukan sejak edisi Beijing 2008. - Gambar hiasan

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Tiada pemanah lelaki layak ke Paris 2024
Buat pertama kali selepas 16 tahun Malaysia tidak akan mempunyai pemanah lelaki beraksi di temasya Sukan Olimpik menjelang edisi Paris 2024 bermula bulan depan.