KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail percaya skuad negara bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe, tidak boleh sentiasa bergantung kepada khidmat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT).
Saranan dilontarkan bekas pemain pertahanan Pahang itu susulan jurang prestasi antara pemain sering diberi kepercayaan menyarung jersi negara dan barisan pemain baharu yang dipanggil mewakili skuad kebangsaan, pada dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Amman, Jordan baru-baru ini.
Jamal Nasir yang membentuk gandingan pertahanan skuad kebangsaan yang utuh bersama Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh dan Kamarudin Abdullah, berkata inisiatif untuk mengetengahkan pemain baharu yang berbakat perlu berterusan dari semasa ke semasa.
"Supaya pemain-pemain baharu itu bila kita gabungkan dengan pemain JDT akan menjadikan skuad kebangsaan lebih hebat. Pemain-pemain baharu ini kita mesti tolong dengan beri pendedahan supaya mereka dapat tunjukkan kemampuan dan raih keyakinan untuk mewakili negara," katanya kepada Bernama.
Hanya empat pemain JDT, bersama skuad bimbingan Cheng Hoe bagi menghadapi siri persahabatan di Amman yang menyaksikan Malaysia tewas 0-4 dan 1-5 masing-masing kepada Jordan dan Uzbekistan.
Jumlah pemain itu jauh lebih rendah, berbanding 13 pemain skuad Harimau Selatan yang memperkuatkan pasukan negara pada saingan Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun lepas.
Pada kempen kelayakan itu, lapan pemain JDT diturunkan dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan yang tewas 0-4 kepada UAE sebelum jumlah itu meningkat kepada sembilan pemain sewaktu kalah 1-2 berdepan Vietnam dan enam pemain digunakan ketika menang 1-0 bertemu Thailand.
Bagi Jamal Nasir, beliau tidak bersetuju dengan sesetengah pendapat yang mengaitkan prestasi buruk skuad kebangsaan pada siri persahabatan di Amman dengan faktor ketiadaan pemain JDT.
"Ketiadaan pemain-pemain JDT dalam pasukan mesti kita gunakan untuk mengetengahkan pemain-pemain baharu, supaya kita mempunyai pilihan lebih banyak selepas ini.
"Saya sokong 200 peratus apa yang Cheng Hoe buat, kerana bagi saya ini satu tindakan berani yang orang takkan fikir dia (Cheng Hoe) berani untuk tonjolkan pemain-pemain baharu berdepan Jordan dan Uzbekistan," kata Jamal Nasir.
Mengambil kira intensiti permainan berbeza, beliau berkata seseorang pemain yang menyerlah dalam saingan domestik tidak semestinya mampu melakukan yang sama apabila menyarung jersi negara.
Jamal Nasir berkata dengan terus memberi peluang kepada pemain lain menerusi perlawanan persahabatan, mereka mempunyai platform sewajarnya untuk menguji keupayaan bermain di pentas antarabangsa seterusnya merebut tempat dalam pasukan.
Katanya dua pemain muda, Mohamad Faisal Abdul Halim dari Terengganu FC dan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC), antara pemain baharu yang berjaya menunjukkan kematangan dalam permainan di Amman.
"Seperti Faisal dan Mukhairi mereka adalah dua pemain kita tahu mempunyai bakat terpendam selama ini dan tidak mendapat perhatian, tetapi apabila diberi peluang kali ini mereka menunjukkan hasil memberangsangkan," katanya yang gembira dengan perkembangan itu.
Jamal Nasir berkata sebagai bekas pemain yang pernah melalui era kegemilangan bola sepak negara pada 70-an dan 80-an, beliau hanya mempunyai satu impian untuk melihat Malaysia kembali mencabar bagi mendapatkan slot ke Sukan Olimpik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021

Inisiatif untuk mengetengahkan pemain baharu yang berbakat perlu berterusan dari semasa ke semasa. - Gambar hiasan
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Tidak boleh sentiasa bergantung kepada pemain JDT - Jamal Nasir
Jamal Nasir berkata, inisiatif untuk mengetengahkan pemain baharu yang berbakat perlu berterusan dari semasa ke semasa.