KUALA LUMPUR: Tidak mahu bergantung kepada Lee Zii Jia sahaja, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) komited untuk melahirkan lebih ramai perseorangan lelaki yang mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.
Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata ia menjadi tanggungjawab pengarah kejurulatihan perseorangan BAM Wong Choong Hann untuk terus membangunkan bakat-bakat baharu yang mempamerkan prestasi cemerlang pada kejohanan bertaraf dunia.
Pada masa sama, beliau berharap semua pihak memahami situasi itu dan bekerja rapat untuk melahirkan lebih banyak pemain perseorangan yang berkaliber.
"Ia adalah usaha yang berterusan. Choong Hann tahu tanggungjawab beliau dan kita bukan sahaja ketandusan dari segi pemain lelaki tetapi juga wanita dan ini harus diselesaikan segera.
"Saya rasa kita nampak dari segi beregu lelaki mereka menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan, beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah sudah mencapai ranking 10 teratas dunia.
"Jadi seharusnya perseorangan lelaki dan wanita perlu cepat melangkah supaya mereka tidak ketinggalan," katanya kepada pemberita di Kelab Sukan Ekuestrian STC di sini, hari ini.
Menurutnya, walaupun Zii Jia, yang menduduki ranking kelima dunia itu berada pada tahap terbaik, namun Malaysia tidak harus bergantung kepada satu pemain sahaja untuk membawa kecemerlangan di arena global.
Mohamad Norza turut meminta peminat sukan badminton tanah air untuk memberikan masa dan ruang kepada pemain seperti Ng Tze Yong dan Aidil Sholeh Ali Sadikin, untuk mereka memperbaiki corak permainan serta lebih konsisten, sekali gus melakar kejayaan pada kejuaraan antarabangsa.
"Kita juga ada pemain profesional seperti Cheam June Wei, Soong Joo Ven yang perlu mempergiatkan usaha mereka supaya Zii Jia tidak keseorangan di peringkat tertinggi, jadi kita mesti bekerja kuat," tambahnya.
Tze Yong yang menduduki ranking ke-48 dunia merupakan pemain utama dalam BAM selepas Zii Jia meninggalkan badan itu Januari lepas untuk menjadi pemain profesional.
Terdahulu, Mohamad Norza menyampaikan hadiah kepada pemenang Kelas SJ12 acara show jumping dalam Kejohanan Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
Izad Rushdi Paiza dari pasukan Penawar Learning Centre muncul juara, manakala Abdul Hariz Abd Majid dari pasukan State Terengganu Equestrian Team (STET) dan Amira Syahirah Mohd Zulkefli dari pasukan Taman Ekuestrian Putrajaya (TEP), masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata ia menjadi tanggungjawab pengarah kejurulatihan perseorangan BAM Wong Choong Hann untuk terus membangunkan bakat-bakat baharu. - Gambar fail/BERNAMA
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat
Ketua NATO dan pemimpin Kesatuan Eropah mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald Trump atas kepulangan beliau ke White House.
AWANI Pagi: Trump 2.0: Dasar luar, Asia Barat dan perubahan iklim
Donald Trump sudah rasmi jadi President AS Ke-47. Dasar tidak popular akan mula dilaksana dan ini menuntut kefahaman dunia tentang kemahuan beliau selaku Presiden. Bagaimana dunia harus bersiap sedia? Temu bual bersama Herizal Hazri dan Amir Fareed Rahim dari Davos, Switzerland seiring WEF 2025.
“Penting kekalkan persahabatan dengan Trump”, tuntut gencatan senjata Gaza dipatuhi - Erdogan
Presiden Turkiye menekankan kepentingan mengekalkan hubungan kukuh dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selepas beliau kembali ke White House.
Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Isnin.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Zelenskiy alukan peluang untuk keamanan adil dalam ucapan tahniah kepada Trump
Presiden Trump sentiasa tegas dan dasar keamanan melalui kekuatan yang diumumkannya memberikan peluang untuk mengukuhkan kepimpinan Amerika, kata Zelenskiy.
Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi - White House
Trump sebelum ini menyifatkan perjanjian itu sebagai "bencana" dan "penipuan" yang merugikan AS.
Presiden Mulino tolak kenyataan Trump tentang Terusan Panama
Presiden Mulino menolak kenyataan Presiden Donald Trump yang mendesak pemulangan semula Terusan Panama kepada Amerika Syarikat.
Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.
Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.
BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.
BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.
BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.
Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.
Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.
Penghargaan Bin Shen buat BAM, pemain
Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menyifatkan tempoh empat tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Siasatan SPRM terhadap BAM mungkin berkaitan pemilihan - Subramaniam
Pemangku Presiden BAM Datuk V Subramaniam tidak menolak kemungkinan bahawa pemilihan menjelang AGM tahun depan, menjadi punca mengapa persatuan disiasat SPRM.