KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023, sebaliknya akan memberi tumpuan menyertai kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Beliau berkata tiga atlet berkenaan, melibatkan dua pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 Mohamad Aniq Kasdan dan Muhammad Aznil Bidin, serta pemenang pingat perak Muhammad Erry Hidayat pada temasya yang sama.
"Tahun hadapan PABM akan tumpukan kejohanan bagi kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024, namun tahun hadapan juga ada Sukan SEA di Kemboja, maka kita kena buat pilihan.
"Atlet yang pergi ke kelayakan Olimpik kemungkinan tidak akan dihantar ke Sukan SEA, kerana ada kejohanan mengumpul mata kelayakan di Korea Selatan yang agak sama tarikhnya," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Ayub, bagaimanapun masih berteka-teki mengenai barisan skuad angkat berat yang akan menggalas cabaran negara pada temasya sukan berprestij di Asia Tenggara itu, namun akan sentiasa memastikan atlet yang dipilih menyertai Sukan SEA Kemboja sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.
Sementara itu, beliau bangga dengan pencapaian atlet angkat berat negara sepanjang musim 2022 di pelbagai kejohanan antarabangsa.
"Penilaian atlet ke Kemboja akan berdasarkan kepada Kejohanan Kebangsaan dan kita akan tetapkan pencapaian yang mereka harus capai, hanya apabila mereka capai sesuatu angkatan dari situ mereka layak ke Sukan SEA.
"Sebelum ini, kita ada lapan atlet (termasuk Mohamad Aniq, Muhammad Aznil dan Muhammad Erry), lagi lima atlet kita akan buat penilaian sekiranya mereka layak dan atlet pelapis juga akan kita perhatikan. Mungkin mulai tahun hadapan baru kita akan lihat prestasi dan kelayakan mereka," katanya.
Pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, Mei lepas menyaksikan Mohamad Aniq berjaya membawa pulang pingat gangsa acara 55 kilogram (kg), manakala Muhamad Aznil merangkul perak kategori 61kg dan Muhammad Erry terpaksa berpuas hati dengan gangsa bagi kategori 73kg lelaki.
Sukan SEA edisi ke-32 di Phnom Penh, Kemboja akan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022

Tiga atlet berkenaan, melibatkan dua pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 Mohamad Aniq Kasdan dan Muhammad Aznil Bidin, serta pemenang pingat perak Muhammad Erry Hidayat pada temasya yang sama.- Foto BERNAMA

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.

Lebih 300 penduduk di Kluang dipindahkan
Lebih 300 orang daripada 82 keluarga di Kluang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi berikutan rumah mereka dinaiki air.

Bangkai dugong ditemukan di Mersing
Seekor dugong ditemukan mati terdampar di sebuah kawasan kampung di Pulau Tinggi, Mersing, petang semalam.

Dua kapal sebabkan tumpahan minyak diarah bayar bon RM1 juta sebagai jaminan
Dua kapal kontena yang terlibat dalam pelanggaran di perairan Pelabuhan Pasir Gudang Selasa lepas diarah untuk membayar bon jaminan bernilai RM1 juta bagi setiap kapal kepada kerajaan negeri.

Johor catat 16 kes keracunan makanan di sekolah
Lapan buah kantin sekolah di Johor telah diarah tutup.