KUALA LUMPUR: Peminat badminton tanah air berpeluang menonton Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 dari 15 hingga 20 Feb di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dengan mendapatkan tiket secara percuma.
Bagaimanapun pihak penganjur dalam satu kenyataan semalam menyatakan, tiket-tiket percuma itu hanya boleh ditempah sehari sebelum perlawanan menerusi https://selangorbatc2022.com, dan disebabkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat kerana peningkatan kes COVID-19, kehadiran penonton adalah terhad.
Menurut kenyataan penganjur, selepas berjaya membuat tempahan, e-tiket yang dihantar menerusi emel perlu dibawa bersama kad pengenalan atau pasport sebagai bukti, sebelum dibenarkan masuk bagi menyaksikan perlawanan pada kejohanan yang juga bertindak sebagai kelayakan Piala Thomas dan Uber 2022.
"Enam perlawanan akan dilangsungkan dalam dua sesi dan tempahan tiket pada sesi pagi serta petang akan dibuka pada hari sebelumnya mulai pukul 12 tengah hari dan ditutup pada pukul 11.59 malam.
"Penonton wajib mematuhi SOP yang ketat, iaitu memaparkan Sijil Vaksinasi Digital dalam MySejahtera, memakai pelitup muka dan mengekalkan jarak fizikal yang selamat sepanjang acara berlangsung.
Hanya penonton yang lengkap vaksinasi COVID-19 akan dipertimbangkan, manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk," menurut kenyataan itu.
Bagi kategori lelaki, finalis edisi terdahulu Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Jepun, Singapura dan Kazakhstan, manakala Kumpulan B terdiri daripada juara bertahan Indonesia, Korea Selatan dan Hong Kong.
Bagi acara wanita, Jepun, India dan Malaysia diundi dalam Kumpulan Y, manakala Korea Selatan, Indonesia, Hong Kong dan Kazakhstan dalam Kumpulan Z.
Jadual Pasukan Malaysia
Lelaki:
--------
16 Feb - Malaysia vs Singapura (4 petang)
17 Feb - Malaysia vs Kazakhstan (4 petang)
18 Feb - Malaysia vs Jepun (4 petang)
Wanita:
---------
15 Feb - Malaysia vs India (4 petang)
16 Feb - Malaysia vs Jepun (4 petang)
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 12 2022

Peminat badminton berpeluang menonton BATC 2022 dari 15 hingga 20 Feb di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dengan mendapatkan tiket secara percuma. -Facebook BAM

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Warga Malaysia yang lahir Ogos, ditawar tiket percuma lawat Menara Berkembar Petronas
Tiket itu membolehkan individu yang layak berkunjung ke Sky Bridge dan Obervation Deck di menara berkenaan.

Pulih industri pelancongan, Hong Kong agih 500,000 tiket penerbangan percuma
Hong Kong mengesahkan rancangan memberikan 500,000 penerbangan percuma dalam usaha menaikkan semula industri pelancongan.

Tiket percuma untuk saksikan BATC
Tiket-tiket percuma itu hanya boleh ditempah sehari sebelum perlawanan.

Golongan gelandang ditawar tiket sehala percuma ke mana-mana destinasi di Eropah
PBT di Basel, Switzerland menawarkan tiket sehala secara percuma kepada golongan gelandangan untuk berpindah.

Sanggup jadi vegetarian untuk tiket konsert Beyonce selama 30 tahun? Ini caranya..
Beyonce ajak peminat untuk memulakan gaya pemakanan berasaskan sayuran, dan berpeluang menang tiket ke konsertnya selama 30 tahun.

Hero Tham Luang dapat penerbangan percuma seumur hidup
Dua penyelam Britain yang menjumpai dan terlibat dalam operasi menyelamat 12 ahli pasukan bola sepak 'Wild Boars' dan jurulatih mereka diberi penghormatan oleh pihak berkuasa Thailand.

AirAsia beri amaran mengenai penipuan tiket palsu menggunakan jenamanya
Penipuan itu memerlukan peserta menjawab beberapa soalan bagi menebus baucer, kata syarikat penerbangan kos rendah itu dalam satu kenyataan hari ni.

AirAsia tawar tiga juta tempat duduk percuma
AirAsia menawarkan tiga juta tempatan duduk promosi ke 120 destinasi dengan tambang serendah RM0 sehala, yang tersedia di airasia.com dari 13 hingga 19 Mac, 2017.

JetBlue beri tiket percuma untuk semua penumpang pesawatnya, dengan satu syarat
JetBlue melakukan satu eksperimen sosial yang secara tidak langsung mengajar penumpang untuk berkompromi sempena musim pilihan raya di Amerika Syarikat.