KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail digantung selama 15 tahun mulai esok oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) hari ini.
Pengerusi Pendengaran Jawatankuasa Tatatertib ASTAF Prof Chalerm Chaiwatcharaporn dalam satu kenyataan berkata, Ahmad atau lebih dikenali sebagai "Tok Mat" juga dikehendaki membayar balik kepada ASTAF sebanyak US$25,000 (kira-kira RM102,900) untuk menampung kos melaksanakan keseluruhan pendengaran jawatankuasa tatatertib yang berlangsung secara maya hari ini.
"Jika gagal melunaskan bayaran itu, beliau akan digantung dua tahun lagi," katanya.
Chalerm berkata Ahmad Ismail mempunyai 14 hari untuk merayu terhadap pertuduhan dan hukuman ke atas beliau.
Beliau berkata Jawatankuasa Tatatertib membuat keputusan itu selepas mendengar empat pertuduhan terhadap Ahmad kerana menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan salinannya kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF pada 24 Feb.
Menurut kenyataan itu, pertuduhan pertama ialah menyalahi Perkara 2d(viii) Undang-undang Kecil ASTAF melalui surat yang dihantar bertarikh 24 Feb yang merupakan satu perbuatan atau kenyataan bertulis yang tidak budiman, menghina atau tidak wajar atau seakan-akan membawa nama tidak baik kepada sukan itu.
SUKAN-SEPAK TAKRAW (ASTAF) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Pertuduhan kedua ialah menyalahi Perkara 5.3 Perlembagaan ASTAF menerusi surat sama yang merupakan satu percubaan untuk mengganggu atau menjadikan pengurusan efisien ASTAF menjadi tidak stabil.
"Ketiga, Ahmad didakwa melanggar Perkara 5.5 Perlembagaan ASTAF, menerusi surat berkenaan, beliau cuba memusnahkan kebebasan ASTAF dalam semua hal secara langsung atau tidak langsung mengenai sukan sepak takraw dengan meminta bantuan OCA dan OIC untuk campur tangan dalam Pemilihan Ahli Majlis ASTAF pada 1 Mac.
Keempat, Ahmad menerusi alasannya dalam surat bertarikh 24 Feb itu didakwa atas kapasitinya selaku Presiden PSM kerana melanggar perjanjian bertulis yang beliau berikan kepada Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan ASTAF pada 14 Mac 2008 untuk menyokong ISTAF dan ASTAF mewujudkan dan mengekalkan pentadbiran yang efisien di persekutuan itu," katanya.
Bagi pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, Tok Mat digantung masing-masing selama lima tahun daripada sepak takraw di peringkat tempatan dan antarabangsa sementara untuk pertuduhan keempat, beliau digantung selama 10 tahun daripada sepak takraw tempatan dan antarabangsa.
"Hukuman bagi pertuduhan pertama dan keempat berjalan secara berturut-turut sementara pertuduhan kedua dan ketiga akan berjalan secara serentak. Maka, keseluruhan hukuman yang dikenakan ialah 15 tahun bermula dari 6 Mei 2021," kata Chalerm.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 05 2021

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail digantung selama 15 tahun mulai esok oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF). - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

'Saya dah bayar kompaun kesalahan merokok' - Tok Mat
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan telah menjelaskan kompaun kesalahan merokok yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadapnya baru-baru ini.

UMNO bergerak solo dalam PRU bila kembali kuat - Tok Mat
Tidak mustahil UMNO yang hanya menang 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan kembali kuat masa akan datang dan mampu bertanding secara solo pada PRU.

UMNO tidak terikat, tiada jaminan bergabung dengan parti lain pada PRU16 - Tok Mat
Tiada jaminan UMNO bersama mana-mana gabungan politik berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti, kata Tok Mat.

PRN: Tok Mat buat penampilan kelima tanding DUN Rantau, saingan satu lawan satu
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini membuat penampilan kelima bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya selama empat penggal sejak 2004.

Tok Mat kekal jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau tanpa bertanding
Tok Mat menjadi calon tunggal mengemukakan permohonan untuk jawatan itu apabila pencalonan ditutup kelmarin.

Menteri Pertahanan: Lonjakan baharu karier Tok Mat
Pelantikan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Menteri Pertahanan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan lonjakan baharu bagi karier politiknya.

PRU15: Tok Mat bersuara, cadang PN, PH bergabung tubuh kerajaan
Hujah Mohamad, kedua-dua gabungan tersebut mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

PRU15: "Tak perlu sebar fitnah black ops" - Khairy buat laporan polis, SKMM
Khairy gesa tolak fitnah serta politik kotor dan terus memberi fokus kepada Sungai Buloh.

PRU15: Penerimaan orang ramai terhadap BN positif - Tok Mat
Memasuki hari kelima berkempen sempena PRU15, BN melihat orang ramai menunjukkan sentimen positif terhadapnya, kata Mohamad Hasan.

PRU15: Tok Mat berdepan saingan lima penjuru
Empat pesaing Tok Mat ialah Jufitri Joha (PH), Ramli Awaluddin (GTA), Mohd Nazree Mohd Yunus (PN) dan S. Tinagaran (PSM).