TOKYO: Ratu terjun negara Pandalela Rinong memastikan slot ke peringkat akhir acara 10 meter (m) platform wanita individu di temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung pagi tadi.
Atlet kelahiran Sarawak itu cemerlang ketika mempamerkan aksi terjunan yang meyakinkan di peringkat separuh akhir di Tokyo Aquatics.
Pemenang pingat emas Piala Dunia 2021 itu fokus dalam setiap terjunan dilakukannya dengan mengutip 67.50; 59.45; 68.80; 57.60 dan 62.40 mata bagi memastikan beliau kekal berada dalam landasan memburu pingat Olimpik ketiganya.
Kelayakan ke final ini mencerahkan peluang memburu pingat negara di lapangan akuatik selepas rakan senegara Cheong Jun Hoong terkandas lebih awal semalam.
Pandalela mengumpul jumlah mata 315.75 sekali gus menempatkan diri dalam kelompok 12 terbaik dengan menduduki tangga ketujuh keseluruhan.
Dia akan menyertai jaguh dunia lain dalam aksi terjunan di final jam 2 petang nanti.
BACA: Tokyo 2020: Pandelela beraksi pada separuh akhir 10m platform individu wanita
BACA: Tokyo 2020: Pandelela akui perlu perkemas lompatan
BACA: Tokyo 2020: Teruskan berdoa bagi kejayaan Pandelela - Reezal Merican
Sementara itu, China terus mengungguli acara terjun menerusi Quan Hongchan dengan 415.65 mata, diikuti rakan senegara Chen Yuxi (407.75 mata) dan Delaney Schnell dari Amerika Syarikat di tempat ketiga (342.75 mata).
Semalam, atlet kelahiran Sarawak itu menamatkan saingan di tempat ke-18 dalam pusingan kelayakan selepas mengutip 284.90 mata manakala seorang lagi penerjun negara Cheong Jun Hoong terkandas selepas sekadar menduduki tempat ke-26 dengan 251.80 mata.
Pandelela menjadi harapan pingat buat kem terjun negara selepas hanya menduduki tempat kelapan dalam acara 10m platform seirama bergandingan dengan Leong Mun Yee pada 27 Julai, manakala Nur Dhabitah Sabri pula menduduki tempat keempat acara 3m papan anjal wanita.
Pandelela muncul atlet wanita Malaysia pertama berjaya meraih pingat di Olimpik selepas memenangi pingat gangsa acara 10m platform wanita pada edisi 2012 di London, sebelum menyumbang perak acara 10m platform seirama bersama Jun Hoong di Olimpik Rio 2016.
Astro Awani
Thu Aug 05 2021
![Tokyo 2020: Pandelela layak ke final acara 10m platform individu wanita Tokyo 2020: Pandelela layak ke final acara 10m platform individu wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628131770_RatuterjunnegaraP.jpg)
Ratu terjun negara Pandelela Rinong layak ke peringkat akhir acara 10m platform individu wanita petang ini. -Gambar fail
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81630143777_atletmalaysia.jpg)
Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.
![Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81630083549_ParaAngkatBerat.jpg)
Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.
![Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629984686_DatukMohdAzizulhas.jpg)
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
![Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629821312_TokyoParalympi.jpg)
Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.
![Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629791554_ismailsabri.jpg)
Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri
Beliau juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.
![Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629564195_KontinjenParalimpik.jpg)
Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.
![Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629390892_TBPARALIMPIK.jpg)
Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
![Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629375003_TBPPPAR.jpg)
Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
![[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya [PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629355286_TBSTUDENT.jpg)
[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya
Mungkin kita boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat negara itu dan dari aspek hak asasi.
![Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628510695_AzizulhasniTokyo.jpg)
Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.